web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kunjungi Pusat Hiburan, 97 Individu Dikompaun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 4:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 97 individu menerima padah apabila dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mengunjungi pusat hiburan, malam tadi.

Dalam serbuan di pusat hiburan dekat Jalan Tun Razak sekitar jam 11.30 malam itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju turut menahan 10 warga asing termasuk dua wanita.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17(1) PPDPP Berjangkit 2021 terhadap semua pelanggan berkenaan yang terdiri daripada 60 lelaki dan 37 wanita tempatan.

“Polis juga menahan lapan lelaki dan dua wanita warga asing mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen dan Seksyen 55B Akta Imigresen.

“Turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan iaitu penjaga premis kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas dua unit pembesar suara, dua buah televisyen, Amplifire, mixer, Tab, resit dan wang tunai bernilai RM111.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Aka Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP ditetapkan MKN dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19. - Getaran, 2 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad