Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelaksanaan MoU PDI Perlu Komitmen Berterusan Malaysia-Indonesia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 3:11PM

Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pelaksanaan memorandum persefahaman bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (MoU PDI) di Malaysia yang termeterai, perlu kerjasama berterusan Malaysia dan Indonesia.

MoU PDI yang ditandatangan kedua negara semalam (1 April) merupakan satu hari yang bersejarah memandangkan perjanjian itu telah tamat sejak 2016.

Hasil perbincangan intensif yang didorong Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dan rakan sejawat Indonesia, Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah berjaya dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan.

Perkembangan terbaru ini menunjukkan Malaysia sentiasa komited untuk memastikan aspek pengambilan dan perlindungan pekerja khususnya warga Indonesia adalah sentiasa terjamin dan kebajikan mereka terpelihara.

Meskipun pelbagai inisiatif termasuk pelaksanaan One Channel System dipersetujui dua negara di dalam MoU, Malaysia hanya boleh memantau pekerja yang datang secara sah, kata Saravanan.

“Sekiranya mereka datang secara tidak sah melalui lorong tikus atau sebagai pelancong kemudian bekerja, susah untuk kita mengawalnya,” kata beliau.

Justeru, sokongan Jakarta dalam memastikan tiada pekerja yang masuk melalui sistem yang tidak sah amat diperlukan, Saravanan memahami perkara itu tidak dapat dikawal 100 peratus tetapi tindakkan lebih tegas dan efektif harus diambil.

“Kita telah membuktikan keikhlasan tetapi tidak boleh hanya bergantung kepada kita, negara-negara sumber turut memainkan peranan,” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Butiran lain dalam MoU itu adalah kos membawa masuk PDI ditetapkan di bawah RM15,000 dan akan dikaji setiap tiga bulan serta pelaksanan sistem e-wages untuk pemantauan pembayaran gaji yang setiap majikan perlu membayar gaji sebelum 7 hari bulan setiap bulan.

Seorang PDI ditetapkan untuk berkhidmat bagi isi rumah tidak melebihi enam orang, caruman melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan yang terbaru, pelaksanaan kursus induksi untuk mendidik pekerja agar memahami hak mereka dan mengelakkan penganiayaan.

Pekerja juga dibekalkan aplikasi khas, Working for Workers yang membolehkan mereka menyuarakan aduan seperti tempat tinggal, makanan dan hak mereka, tanpa perlu hadir secara fizikal ke Pejabat Tenaga Kerja.

Saravanan turut menjelaskan Malaysia komited menangani isu termasuk Buruh Paksa dengan meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada 21 Mac.

Sebagai ahli, Malaysia sentiasa mengambil langkah yang berkesan untuk mencegah dan menghapuskan penggunaan buruh paksa, memberikan perlindungan kepada mangsa, akses kepada remedi yang sesuai dan berkesan seperti pampasan serta menyekat pelaku buruh paksa.

“Ini menunjukkan Malaysia cukup komited untuk semua sektor, semua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Indonesia Joko Widodo yang mahu kesepakatan dalam MoU PDI dilaksanakan dengan baik dan berharap ia merangkumi sektor lainnya antara kedua negara.

“Di peringkat awal perbincangan dengan Indonesia, mereka kurang selesa. Tetapi hari ini Malaysia diyakini sebagai negara yang melindungi pekerja,” katanya.

Susulan MoU yang temeterai, Saravanan menjangkakan Indonesia akan menghantar 10,000 pekerja dalam masa sebulan, berkemungkinan selepas bulan puasa.

Satu jawatankuasa khas yang diketuai ketua setiausaha kementerian kedua-dua negara akan turut bermesyuarat tiga bulan sekali untuk memantau pelaksanaan MoU yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Joko Widodo di Istana Merdeka.

Ismail Sabri dijangka berlepas pulang ke tanah air hari ini, menamatkan lawatan kerja di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Buruh Bunuh Teman Wanita Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kesan Tikaman Pada Badan, Kepala, Buruh Ladang Dipercayai Dibunuh

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Buruh Kasar Mengaku Bersalah Lakukan Aksi 'Wheelie'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Pembekalan Buruh Asing, Tanah Rizab Melayu Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 1 hari yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Semasa 6 jam yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi