web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buruh Kasar Mengaku Bersalah Lakukan Aksi 'Wheelie'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 3:48PM

Majistret Muhammad Fitri Mokhtar menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak, dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM900 dengan seorang penjamin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang buruh kasar berumur 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menunggang motosikal sambil melakukan aksi 'wheelie' yang berbahaya bersama isterinya pada 1 Syawal lepas.

Majistret Muhammad Fitri Mokhtar menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak, dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM900 dengan seorang penjamin. 

Berdasarkan pertuduhan, pada 22 April lepas kira-kira pukul 12 tengah hari di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu tertuduh menunggang motosikal jenis Honda C100B dengan cara mengangkat tayar hadapan, yang berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. 

Jika sabit kesalahan di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nursyafiqah Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Kelantan, Nor Zaimah Mohamed. 

Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri itu diminta tampil menyerah diri di balai polis bagi membantu siasatan setelah satu rakaman aksi tunggangan motosikal secara berbahaya menjadi tular di media sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad