web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Solat Fardhu, Jumaat Ikut Saiz Masjid, Surau Di Seluruh Johor

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 10:55AM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berkenan membenarkan solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat di seluruh negeri bermula hari ini, diadakan mengikut kapasiti masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

Kebenaran itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi; Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Md Rofiki Samsudin di sini, semalam.

Menurut kenyataan berkenaan, kebenaran itu akan berkuat kuasa bermula pada solat Subuh sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak setelah mendapat nasihat Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa semua perhimpunan untuk tujuan pengimarahan seluruh masjid dan surau juga dibenarkan, termasuk kuliah dan membudayakan Al-Quran, bacaan Yasin dan Tahlil, solat hajat dan bacaan ratib dan selawat.

Menurutnya solat terawih, tadarus Al-Quran dan Qiamulail juga boleh diadakan dalam tempoh bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Jamuan berbuka puasa dan sahur turut dibenarkan namun makanan perlulah disediakan secara berbungkus, manakala aktiviti memasak di surau tidak dibenarkan namun edaran bubur lambuk dibenarkan,” tambah kenyataan itu.

Menurutnya bagi kehadiran jemaah pula, ia hendaklah diberi keutamaan kepada warganegara dan penduduk tetap sahaja.

Selain itu, ahli jawatankuasa masjid dan surau juga perlu bertanggungjawab memastikan pengurusan dan pelaksanaan kesemua aktiviti yang dibenarkan itu dibuat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar