web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kehibaan Hilang Anak Mampu Dorong Ibu Bapa Buru, Musnahkan Pelaku - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 3:27PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang berada dalam fasa kehibaan akibat kematian anak boleh mengalami kemurungan, sehingga mampu bertindak di luar kawalan dengan memburu untuk memusnahkan individu dirasakan sebagai penyebab situasi itu atau memusnahkan diri sendiri.

Pakar Psikologi Kesihatan, Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, dari sudut psikologi, ibu bapa yang berdepan situasi seperti itu akan melalui fasa dipanggil kehibaan mencakupi lima tahap pemikiran.

Menurut beliau, mereka akan melalui keadaan ‘penafian’, seperti persoalan ‘kenapa berlaku kepada mereka’, ‘benarkah itu anak mereka’ dan ‘kenapa anak mereka menjadi mangsa’ pada tahap pertama.

Dr Shazli Ezzat Ghazali
Dr Shazli Ezzat Ghazali

“Selepas itu, mereka akan melalui tahap ‘penawaran’ sama ada kepada Maha Pencipta atau diri sendiri, seperti ‘Ya Allah kalau boleh kau ulang balik masa untuk aku mampu kawal balik situasi, tak hantar anak pergi ke situ, ke sini supaya dia tak terjerut’ bagi mendapat ketenangan diri.

“Sekiranya tahap pertama dan tahap kedua ini tidak mampu ditangani, ia akan mendorong mereka ke tahap ketiga, iaitu ‘kemarahan’ yang menyaksikannya menyalahkan orang tertentu di sekeliling,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden kanak-kanak berusia 15 bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri yang meninggal dunia dipercayai akibat leher terjerut pada kain buaian di sebuah pusat asuhan di Negeri Sembilan bulan lalu.

Susulan insiden terbabit, bapa kepada kanak-kanak itu, Yuseri Yusoff, 39, meluahkan perasaan menerusi laman sosial bahawa beliau cukup yakin bahawa anaknya bukan terjerut, sebaliknya dijerut, namun kecewa apabila siasatan kes itu masih tidak menemui nokhtah.

Kata beliau, kenyataan pengasuh semasa siasatan polis bahawa alat yang menjerut kanak-kanak itu adalah kain buai menimbulkan keraguan apabila impak jerutan terbabit berbentuk satu garisan lurus, seperti menyerupai kesan tali wayar atau kabel.

Justeru, Yuseri meminta supaya siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 itu, disiasat semula dengan diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut Dr Shazli Ezzat berkata, tahap keempat menyebabkan ibu bapa akan merasa ‘tekanan’ akibat tahap sebelumnya tidak dipenuhi sebaik mungkin.

Menurutnya, fasa terakhir atau tujuan sebenar mahu dicapai ibu bapa ini adalah ‘penerimaan’, justeru sekiranya mereka masih gagal beroleh jawapan daripada apa sahaja kemusykilan yang bermain di fikiran, fasa ini tidak akan tercapai.

Keadaan tiada penerimaan ini membuatkan mereka tidak dapat redha atas kejadian berlaku, seterusnya mengakibatkan ‘kusut masai’, sentiasa marah dan menyalahkan orang lain.

“Mereka terus menjadikan situasi kes itu panas sehingga siasatan menunjukkan apa sebenarnya berlaku atau pelaku dibawa ke muka pengadilan baru dia boleh terima. Orang berdepan kehibaan ini selagi dia tak sampai ke tahap penerimaan, dia akan terganggu dari segi emosi dan pemikiran.

“Dalam kes Nour Rania Asyifa, mungkin bapanya ketika ini berada pada tahap penawaran, beliau masih bersabar dengan respon daripada pihak berkuasa, tetapi sampai satu masa apabila tak ada apa respon dari pihak berkuasa, beliau akan marah, tertekan, murung dan hilang keseronokan untuk hidup,” katanya.

Dr Shazli Ezzat menarik perhatian, mereka akan berdendam kepada orang tertentu apabila sampai ke tahap kemurungan dan hilang keseronokan.

Sekiranya perasaan itu gagal dikawal atau tiada maklum balas terbaik seperti diinginkan, katanya, mereka mungkin bertindak memusnahkan orang lain atau diri sendiri kerana tidak nampak penyelesaian.

Ditanya apakah bentuk bantuan paling sesuai diberikan kepada ibu bapa terbabit bagi memastikan mereka menerima situasi dengan hati lebih terbuka, Dr Shazli Ezzat berkata sokongan psikologi mampu menangani keadaan berkenaan.

“Bila dapatkan sokongan psikologi, jumpa pakar psikologi dan psikiatri, kita akan bawa kepada konsep tahap penerimaan supaya dia dapat reda, anggap apa yang berlaku sebagai qada dan qadar, sudah sampai masa ajal anak.

“Tetapi untuk ke tahap penerimaan saya lihat susah sangat sebab banyak perkara (tahap) sebelum itu, seperti beliau tak dapat maklumat diinginkan bagi membolehkan beliau mententeramkan diri, seterusnya menerima kerana penerimaan itu yang kita nak dan paling penting,” katanya. - Getaran, 31 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik