web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Wan Azizah Positif COVID-19 Tidak Benar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 1:19PM

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil menafikan laporan media bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail positif COVID-19.

Sebaliknya, beliau berkata, Ahli Parlimen Pandan itu kurang sihat dan terpaksa berehat daripada menghadiri perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Keadilan Lembah Pantai.

“Semalam ada media memetik sumber petugas parti sebagai berkata, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail positif COVID-19. Maklumat itu tidak benar.

“Kak Wan uzur semalam dan terpaksa berehat, maka tidak dapat merasmikan MATC Keadilan Lembah Pantai. Oleh itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggantikan beliau di saat akhir,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi berkata, Dr Wan Azizah sudah menjalani ujian saringan kendiri COVID-19 hari ini dan bebas daripada virus terbabit.

“Alhamdulillah beliau (Dr Wan Azizah) negatif.

“Saya doakan agar beliau dan kita semua sentiasa dilindungi dari wabak ini,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

2

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran