web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Maut Kemalangan 2 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Mar 2022 9:48PM

Pegawai dan anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa kemalangan di jalan Chini-Kuantan, dekat Pekan, petang tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 12, Jalan Chini-Kuantan, dekat Pekan, petang tadi.

Mangsa maut dalam nahas kira-kira jam 3 petang itu ialah pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Kancil, yang dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan pacuan empat roda dipandu seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zain berkata, mereka dikenali sebagai Hasyim Amin, 29 tahun yang memandu Perodua Kancil dan Dolah Muhtar, 39, iaitu penumpang kereta tersebut

“Keduanya pemuda berketurunan Orang Asli itu adalah sahabat baik rakan baik dan mereka dikatakan sedang dalam perjalanan dari Chini menghala ke Kuantan sebelum terbabit nahas.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda, Afiza Abdullah, 35 tahun dan penumpang, Ab Razak Ab Hamid, 38 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Zaidi memberitahu, kedua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit, selain mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sebuah jentera bersama dua pegawai dan lapan anggota terbabit dalam operasi mengeluarkan mangsa kemalangan.

“Pegawai dan anggota kami terpaksa menggunakan ‘rescue tools’ bagi mengeluarkan kedua mangsa yang tersepit dalam kereta Perodua Kancil.

“Mangsa cedera pula dihantar ke Hospital Pekan oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan kemalangan itu,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

3

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 3 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad