Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Rasionalisasi Subsidi', Harga RON95, Gula, Tepung, Beras Bakal Naik?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 12:15PM

Antara subsidi yang dicadangkan untuk rasionalisasi adalah termasuk RON95 dan barang seperti gula serta beras. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berjaya, rakyat Malaysia tidak lama lagi akan berbelanja lebih untuk beberapa barangan penting berikutan pemansuhan subsidi.

Difahamkan bahawa perbincangan kini berada di peringkat lanjutan, dengan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kelihatan berhasrat untuk mendesak apa yang disebut sebagai "rasionalisasi subsidi".

Antara subsidi yang dicadangkan untuk rasionalisasi termasuk bahan api RON95 serta produk pertanian seperti gula dan beras.

Perkara ini telah dicadangkan sejak zaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi sokongan terhadapnya telah meningkat berikutan kemelesetan ekonomi akibat COVID-19 dan diburukkan lagi oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang telah mendorong kenaikan harga minyak dan gas.

The Vibes dimaklumkan bahawa desakan MPC itu didorong oleh pemahaman bahawa berbilion ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi setiap tahun membantutkan produktiviti dan daya saing negara.

Pelbagai indeks daya saing global sentiasa meletakkan Malaysia pada kedudukan purata, dengan salah satu sebab adalah kemurahan hati negara ini dalam menawarkan subsidi.

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail
Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Pelaksanaan rasionalisasi subsidi kini bergantung kepada kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kabinet. Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan perkara itu memberitahu, cadangan berkenaan menghadapi tentangan majoriti daripada kementerian dan agensi kerajaan, yang sebaliknya lebih mementingkan kebajikan rakyat.

Walaupun subsidi biasanya ditawarkan dan dibayar terus kepada perniagaan, namun kos tambahan akibat pemansuhannya akan ditanggung pengguna.

Dalam pada itu, sumber yang enggan namanya disiarkan, berkata Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan terdiri daripada 15 kementerian serta pemegang jawatan penting lain, telah memanggil MPC untuk mengadakan mesyuarat bagi membentangkan cadangan.

''Saya tidak mempunyai tarikh yang tepat, tetapi kertas kerja telah disediakan oleh MPC dan Ketua Pengarah Datuk Abdul Latif Abu Seman dijadualkan membentangkannya kepada MySPC. Ia tidak lama lagi.

''Malah, majlis yang diketuai oleh Perdana Menteri meminta MPC untuk membentangkan pandangannya itu, menunjukkan kerajaan amat prihatin bahawa pelaksanaan rasionalisasi subsidi boleh menjejaskan rakyat, terutama ketika ramai yang berdepan masalah kewangan,'' katanya.

Pada masa ini, sumber itu berkata tiada tempoh masa diberikan lagi mengenai pelaksanaan rasionalisasi subsidi.

''Kami masih memuktamadkan subsidi mana yang akan dimasuhkan. Jika kami menentukan bahawa menghapuskan subsidi tertentu boleh membantu meningkatkan daya saing kami, maka ia akan dipertimbangkan dengan serius,'' katanya.

Bagaimanapun, sumber dalaman memberitahu, perkara ini juga bergantung kepada kelulusan daripada MySPC, yang mungkin menolak cadangan itu jika ia menganggap penghapusan subsidi akan memberi kesan yang teruk kepada pengguna.

''Di mata MPC, subsidi pertanian berada dalam senarai atas untuk rasionalisasi. Ini termasuk tepung, gula dan beras.

''Kita tahu bahawa subsidi ke atas sektor minyak dan gas adalah yang terbesar di negara ini. Jadi, ini pastinya perlu dipertimbangkan juga, hanya kerana saiznya,'' katanya.

Sumber memberitahu tepung, gula dan beras adalah antara dalam senarai untuk rasionalisasi - Gambar Bernama
Sumber memberitahu tepung, gula dan beras adalah antara dalam senarai untuk rasionalisasi - Gambar Bernama

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz awal bulan ini memberitahu, jika harga minyak kekal AS$100 setong, kerajaan terpaksa melihat untuk membayar subsidi sehingga RM28 bilion tahun ini.

Sumber lain pula memberitahu, cadangan rasionalisasi subsidi adalah antara agenda utama MPC, yang pada masa ini terlibat secara aktif dalam perkara itu.

Selain MPC, difahamkan antara agensi kerajaan lain yang dikhabarkan akan mencadangkan dan menyokong pemansuhan subsidi ialah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Unit Perancang Ekonomi yang diketuai Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata perbincangan MPC hanya tertumpu kepada subsidi, yang didakwanya sering dikelirukan dengan bantuan kerajaan.

''Bantuan tunai seperti Bantuan Keluarga Malaysia misalnya, tidak dipertimbangkan kerana ini bukan sebahagian daripada subsidi. Itu akan menjadi hak prerogatif kerajaan,'' katanya.

Beliau menambah bahawa pelaksanaan kontroversi rasionalisasi subsidi akan bergantung kepada kehendak politik mereka yang berkuasa - meluluskan boleh dianggap sebagai langkah yang sangat tidak popular di kalangan orang ramai.

Ditanya mengapa kerajaan memperkenalkan subsidi jika ia diketahui menjejaskan produktiviti, sumber itu berkata: "Mungkin pada peringkat awal, ia berfikir ia mempunyai wang yang mencukupi.

"Tetapi mereka tidak menyedari betapa ia menjejaskan daya saing. Tetapi sekarang, mereka sedar mereka perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan kita kembali setanding dengan negara lain yang lebih berdaya saing.'' katanya. - The Vibes, 26 Mac 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Liga Malaysia Diteruskan Dengan Jaminan Keselamatan

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Kenal Pasti Pemilik Akaun Media Sosial Berhubung Kejadian Simbah Asid

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi