web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tradisi Berbuka Puasa Di Padang MBK1 Dijangka Kembali Meriah Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 8:46PM

Hamdan (kanan) menyerahkan permit bazar Ramadan kepada wakil KRT Taman Balok Makmur Kuantan di Dewan Utama MBK, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Selepas dua tahun orang awam tidak dibenarkan berbuka puasa di padang awam, terutamanya di padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) dekat Jalan Mahkota, di sini, tradisi itu dijangka dibenarkan pada Ramadan tahun ini.

Walaupun keputusan muktamad berhubung perkara itu belum diumumkan kerajaan Pahang, namun Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berharap cadangan berkenaan diberi perhatian kerajaan negeri bagi mengembalikan kemeriahan suasana bulan Ramadan di bandar raya itu.

“Sebenarnya perkara ini (keputusan) bukan sahaja ditunggu pihak kami, tetapi orang ramai juga tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak untuk mereka kembali berbuka puasa di padang MBK1, tahun ini.

“Ia sudah menjadi ikon dan daya penarik tiap kali bulan Ramadan, memang menjadi pilihan dan boleh dikatakan sebagai tradisi, jadi kita harap tahun ini kerajaan negeri boleh memberi persetujuan untuk membenarkan orang ramai berbuka di situ,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Permit Bazar Ramadan di Dewan Utama MBK, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai persediaan MBK jika kerajaan negeri membenarkan penggunaan padang MBK1 sebagai lokasi untuk orang ramai berbuka puasa, Hamdan berkata, pihaknya sudah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) ketat di samping mengguna pakai SOP sedia ada yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kalau dari segi persediaan, tidak jadi masalah dan kita juga sudah melakukan banyak penambahbaikan di situ, termasuk menaik taraf sistem pencahayaan serta membina menara jam baharu yang turut boleh dijadikan tarikan pelancong.

“Selain itu, kita juga menyediakan 65 petak atau tapak untuk orang ramai, terutamanya mereka yang berkeluarga dan mahu menyertai program berbuka puasa di situ kelak,” katanya.

Hamdan memaklumkan, pihaknya juga sudah mengutus surat permohonan kepada MKN mengenai cadangan membenarkan penggunaan padang MBK1 oleh orang ramai bagi tujuan berkenaan.

“Secara dasarnya, mereka (MKN) tidak ada halangan (untuk membenarkan) jika kerajaan negeri memberikan kebenaran dan hari ini kerajaan negeri ada mesyuarat Exco, jadi kita tunggulah kalau ada pengumuman atau keputusan dibuat berhubung perkara ini,” tambahnya lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, beliau memaklumkan sebanyak 25 lokasi diluluskan dan seramai 1,045 peniaga sudah diberikan permit untuk berniaga.

“Seperti tahun sebelumnya, kita tidak menaikkan caj atau bayaran bagi permit peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri kendalian MBK.

“Semua SOP dikuatkuasakan tahun lalu kita teruskan kali ini dan kita sekali lagi menggalakkan peniaga serta pelanggan melakukan transaksi tanpa tunai dalam urusan jual beli di bazar Ramadan atau bazar Aidilfitri,” katanya.

Antara SOP ditetapkan MBK ialah peniaga dan pelanggan perlu melengkapkan sekurang-kurangnya dua dos vaksin COVID-19, mengimbas aplikasi MySejahtera di pintu masuk bazar, manakala kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk.

Hamdan turut mengingatkan peniaga supaya menjaga kebersihan bagi mengelak pihaknya mengeluarkan arahan penutupan bazar yang dikesan gagal mematuhi SOP ditetapkan. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek