web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Dos Keempat, Sila Abaikan Pautan Temu Janji Di MySejahtera - KKM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 8:16PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada pemberian dos keempat vaksin COVID-19 manakala remaja berusia 17 tahun dan ke bawah tidak akan menerima suntikan dos penggalak.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, ibu bapa atau penjaga kumpulan tersebut yang menerima pautan janji temu suntikan dos penggalak diminta supaya mengabaikan perkara tersebut.

Katanya, kekeliruan itu timbul disebabkan kesilapan teknikal pada sistem MySejahtera.

“Memandangkan janji temu dalam sistem MySejahtera dihantar secara automatik, terdapat isu teknikal apabila sistem tersebut telah menghantar pautan janji temu untuk dos penggalak kepada remaja, iaitu golongan berusia 17 tahun dan ke bawah.

“Adalah menjadi dasar KKM buat masa ini untuk menyarankan dos penggalak hanya diberikan kepada individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas, manakala tiada dos penggalak kedua atau dos keempat diberikan kepada umum,” katanya hari ini.

Jelas jurucakap itu lagi, arahan tersebut turut terpakai kepada individu dewasa yang sudah mendapatkan dos penggalak tetapi masih menerima pautan janji temu baharu.

Katanya, orang ramai diminta membatalkan temu janji tersebut sekiranya pengesahan sudah dibuat menerusi pautan dihantar.

“Sila batalkan janji temu tersebut dan anda tidak perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“PPV sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Mereka akan menolak kehadiran remaja untuk dos penggalak dan juga individu yang hadir untuk dos penggalak kedua atau dos keempat,” katanya.

Pada masa sama katanya, KKM turut memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul daripada masalah teknikal tersebut.

Katanya, pasukan teknikal MySejahtera sedang memperbaiki isu teknikal berkenaan. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad