web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenaf Disasar Catat Jualan Cecah RM10 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 7:06PM

Zuraida berkata, kenaf mempunyai pasaran dan permintaan tinggi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROMPIN - Industri kenaf disasarkan untuk mencatatkan nilai jualan mencecah RM10 juta menjelang hujung tahun ini.

Unjuran sasaran itu dibuat selepas industri berkenaan mampu merekodkan nilai jualan berjumlah RM4.2 juta tahun lalu, walaupun kesan akibat pandemik masih belum pulih sepenuhnya.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kenaf mempunyai pasaran dan permintaan tinggi namun jumlah pembabitan peserta bagi tanaman itu masih kurang memuaskan.

“Kita memperkenalkan tanaman kenaf sejak tahun 2014 dan hingga hari ini, jumlah penanam masih lagi rendah malah sehingga tahun 2020, hanya 934 penanam kenaf direkodkan di seluruh negara.

“Industri ini menjanjikan pulangan lumayan dan boleh menjadi antara sumber komoditi utama negara jika dirancang dan diuruskan dengan baik,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Penanam Kenaf Jaya Kebangsaan di sini, hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Ab Aziz Ab Kadir itu, seramai sembilan pengusaha kenaf dipilih menerima anugerah bagi tiga kategori diperkenalkan Kementerian.

Zuraida berkata, sebanyak 54.72 tan bijih benih kenaf berkualiti berjaya dihasilkan 127 penanam kenaf sepanjang tahun 2020.

Katanya, kementerian juga sedang meneliti cadangan mewujudkan koperasi khas bagi penanam kenaf untuk tujuan menjaga kebajikan mereka.

“Apabila ada koperasi, senanglah penanam ini mendapatkan biji benih atau keperluan lain untuk proses menanam kenaf.

“Selain itu, kita juga sedang melihat keperluan memperkenalkan konsep ladang kontrak dengan perjanjian antara kementerian dan penanam, maknanya kita permudahkan mereka menjual hasil kenaf kepada wakil syarikat yang dilantik,” katanya.

Konsep ladang kontrak sebelum ini diperkenalkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi membantu pekebun kecil memasarkan hasil pertanian mereka tanpa campur tangan orang tengah. - Getaran, 21 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja