web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasatan Suami Zeti Tak Pernah Dihentikan - PDRM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 5:21PM

Datuk Mohd Kamarudin Md Din - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap suami kepada bekas Gebenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak pernah dihentikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman melibatkan banyak pihak termasuk individu yang berada di Singapura.

Menurut beliau, kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Oktober 2021 namun PDRM diarahkan untuk mendapatkan keterangan pihak yang berada di Singapura.

“Pihak berkuasa Singapura telah bersetuju untuk pasukan penyiasat PDRM ke sana pada Disember 2021 dan Februari tahun ini namun pergerakan tidak dapat dilaksanakan disebabkan beberapa faktor.

“Antaranya, penggantungan sementara inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia-Singapura mulai 23 Disember sehingga 20 Januari lalu, selain pegawai penyiasat kes tersebut menjadi kontak rapat dan kemudiannya disahkan positif COVID-19 pada Februari lalu, menyebabkan pegawai itu tidak dapat memberi maklum balas berhubung tarikh pergerakan sesuai ke Singapura,” katanya dalam hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab laporan berita berbahasa Inggeris bertajuk ‘Police Sink To New Lows In Tawfiq Probe’ yang disiarkan hari ini.

Selain itu, Mohd Kamarudin berkata, pihaknya juga masih belum menerima maklum balas daripada semua saksi yang merupakan warga negara Singapura mengenai kesediaan mereka untuk ditemu bual oleh pasukan penyiasat.

“Terkini, Commercial Affairs Department Singapura bersetuju untuk pasukan penyiasat PDRM pergi ke sana pada 29 dan 30 Mac ini bagi tujuan pengumpulan maklumat dan keterangan berkaitan kes ini,” katanya.

Beliau pada masa sama menegaskan bahawa PDRM tidak bermaksud untuk menyembunyikan sebarang fakta atau mahu mengelirukan mana-mana pihak berhubung siasatan kes terbabit.

“PDRM komited dalam memastikan siasatan kes ini diselesaikan dengan segera secara telus dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan