web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


95 Kematian Baharu COVID-19, Selangor Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 10:31AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 95 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 23 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 33,994 dengan 7,099 daripadanya adalah kes BID.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 21 kes, diikuti Johor (16), Perak (14), Kedah (10), Perak (6), Pulau Pinang (8), Sabah (5) manakala Melaka, Pahang, Perlis masing-masing empat kes.

Sementara itu, Negeri Sembilan dan Sarawak pula merekodkan tiga kes di setiap negeri manakala Kelantan (2) dan Terengganu (1).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 304,147 kes aktif dilaporkan dengan 293,435 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 2,123 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 8,213 sedang menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 376 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 222 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 31,234 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 56,585 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 36,918 dos penggalak, 17,939 dos pertama dan 1,728 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,776,961 atau 78.9 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,937,707 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad