web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lari Dari Pusat Kuarantin, Warga Emas Positif COVID-19 Maut Nahas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 4:32PM

Pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari pusat kuarantin maut dalam kemalangan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU TERENGGANU - Gara-gara melarikan diri dari pusat kuarantin, seorang pesakit COVID-19 maut apabila motosikal ditungganginya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Ali Mat Daud berkata, lelaki berusia 66 tahun itu maut di lokasi  kejadian di KM 28, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang.

Menurut beliau, mangsa sedang dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu di sini sejak Khamis minggu lalu dan melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda C10O, milik seorang kakitangan hospital yang diletakkan di kawasan surau hospital berkenaan.

“Dia memecut motosikal itu dan menghala ke arah Wakaf Tapai, Marang, sebelum menunggang secara melawan arus sebaik tiba di persimpangan Bukit Perpat.

“Motosikal itu kemudiannya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan berhampiran kilang terbabit, sebelum tercampak ke kawasan berumput di tepi jalan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu bagi tujuan bedah siasat. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran