web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambil Vaksin COVID-19 Tak Batal Puasa - Mufti

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 5:35PM

Mohamad Shukri Mohamad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Suntikan vaksin COVID-19 ketika berpuasa termasuk pada bulan Ramadan adalah dibolehkan kerana ia tidak akan membatalkan ibadat itu.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kemungkinan puasa mereka terbatal, kerana perbuatan itu bukan membabitkan rongga terbuka.

Katanya, suntikan hanya berlaku di bahagian luar kulit, justeru tidak menjadi kesalahan untuk diambil walaupun ketika berpuasa.

“Puasa hanya dikira terbatal jika ia sampai ke bahagian halkum, orang ramai tidak perlu bimbang,” katanya kepada Getaran hari ini.

Mohamad Shukri berkata, ia turut membabitkan ujian swab yang dilakukan di bahagian hidung atau tekak, sebagai prosedur saringan kesihatan COVID-19.

“Ujian swab yang dilakukan di hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa,” katanya.

Merujuk kepada keraguan segelintir pihak terhadap suntikan berkenaan, Mohamad Shukri berkata adalah wajar untuk mereka mengambil vaksin itu sebagai perlindungan diri daripada penyakit berbahaya.

“Adalah penting untuk menjaga kesihatan diri dan orang sekeliling, malah ia amat dituntut dalam Islam,” katanya.

Menurutnya, jangan rasa teragak-agak untuk mengambil suntikan vaksin pada Ramadan ini, demi kemaslahatan masyarakat setempat.

Media sebelum ini melaporkan, lebih 14,000 individu di Kelantan sudah menerima suntikan vaksinasi pada fasa pertama.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua individu itu terdiri daripada pasukan barisan hadapan. – Getaran, 16 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad