web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kematian Baharu Akibat COVID-19 Semakin Meningkat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 10:11AM

Sebanyak 113 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan 41 adalah kes BID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka kematian baharu akibat COVID-19 mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 113 kes semalam, berbanding 79 kes, kelmarin.

Laman sesawang COVIDNOW melaporkan, 41 daripada kes kematian baharu itu diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus terbabit di seluruh negara kini mencecah 33,497 kematian, termasuk 6,955 kes BID.

Selangor mencatatkan angka kematian baharu tertinggi iaitu 22 kes, diikuti Sabah (18), Johor (14), Kedah (12) dan Pulau Pinang (10).

Negeri yang merekodkan angka kematian di bawah 10 kes adalah Pahang dengan sembilan kes, diikuti Perak (tujuh), Negeri Sembilan (enam), Terengganu (empat), Kelantan (tiga) serta Melaka, Perlis, Sarawak dan Kuala Lumpur, masing-masing dua kes.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan 30,246 kes COVID-19 dikesan semalam, termasuk 29,828 penularan tempatan dan 418 kes import.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 310,160 kes aktif dilaporkan dengan 388 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 225 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini mencecah 3,711,199 kes, setakat ini. - Getaran, 10 Mac 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek