web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PJ City Mula Kempen Dengan Kemenangan 1-0 Ke Atas Melaka United

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 8:22AM

Kumaahran meraikan gol ketika menentang Melaka United FC pada aksi pertama Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beraksi dengan seratus peratus pemain tempatan tidak menghalang Petaling Jaya (PJ) City FC untuk membuka kempen Liga Super 2022 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Melaka United di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Penyerang S Kumaahran muncul wira pasukan apabila berjaya meledak gol tunggal perlawanan menerusi ‘volley’ cantik dari luar kotak penalti tepat ke gawang menewaskan penjaga gol Norazlan Razali pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, skuad ‘The Phoenix’ terus melakukan serangan bertali arus, namun tidak mampu meningkatkan jurang di hadapan barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya baharu diketuai oleh Kim Pan Gon, yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu.

Untuk rekod, Melaka United menurunkan lima pemain import terdiri daripada Mikel Justin Cagurangan Baas dari Filipina di bahagian pertahanan, pemain tengah Sony Norde (Haiti), Emmanuel Oti Essigba (Ghana) serta penyerang Ifedayo Olusegun (Nigeria) dan Adriano Narcizo (Brazil) pada kesebelasan utama perlawanan tersebut.

Sementara itu, perlawanan tunggal Liga Premier malam ini menyaksikan Kelantan FC  mengecewakan tuan rumah Johor Darul Ta’zim (JDT) II  dengan kemenangan 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Skuad ‘The Red Warriors’ membuka jaringan menerusi pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan Indonesia, Natanael Siringo Ringo yang berjaya menyudahkan serangan balas pantas dalam situasi satu lawan satu pada minit ketujuh.

Pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan, turut menerusi serangan balas daripada Daryl Sham pada minit ke-75 selepas menerima hantaran daripada Garbiel Nistelrooy Tamin, namun skuad kendalian Rezal Zambery Yahya berjaya mengesahkan tiga mata menerusi jaringan Jasmir Mehat dari jarak dekat pada minit ke-89.

Tiga lagi perlawanan yang dijadualkan pada malam ini – aksi Liga Super Sri Pahang FC menentang Terengganu FC serta aksi Liga Premier Perak FC bertemu Kelantan United dan Selangor 2 menentang Skuad Projek FAM-MSN ditunda kerana penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pemain dan anggota pasukan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad