Berita Terkini

18 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pertuduhan Remaja Bunuh Bayi, Pakar Beri Reaksi Berbeza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 9:00AM

Hukuman terhadap remaja yang menikam anaknya perlu disemak semula kata seorang pakar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini negara digemparkan dengan kematian seorang bayi lelaki yang baharu sahaja dilahirkan, akibat ditikam ibu kandungnya sendiri.

Ibu kandung bayi malang terbabit iaitu seorang remaja berusia 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu atas tuduhan membunuh anaknya yang baru dilahirkannya, pada 8 Februari lalu.

Remaja tersebut didakwa dengan sengaja membunuh bayi terbabit di sebuah rumah di Seri Bandi, Cukai dekat Kemaman di antara jam 7 hingga 9 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Kes terbabit turut mendapat perhatian Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal yang berpendapat tuduhan ke atas remaja tersebut perlu disemak semula.

Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal
Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal

Beliau yang juga Pakar Undang-Undang Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kes terbabit sepatutnya diklasifikasikan mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan (infanticide), berbanding Seksyen 302 (bunuh) akta yang sama.

“Walaupun dia telah melakukan satu kesalahan jenayah bunuh, tetapi bagi saya tak sesuai dia didakwa di bawah peruntukan itu kerana umurnya baharu 15 tahun. Dia juga melahirkan anaknya seorang diri dalam keadaan kesihatan mental yang teruk.

“Itu sepatutnya pihak pendakwa raya lihat dan majistret sendiri yang menolak jaminan tersebut, tidak membaca peruntukan perundangan lain demi kepentingan remaja terbabit. Oleh itu, saya merasakan pendakwa raya perlu melihat pertuduhan itu semula dan memastikan remaja terbabit mendapat keadilan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Mengambil contoh amalan di England, Noor Aziah berkata, kanak-kanak yang menghadapi konflik undang-undang di negara terbabit hanya diperintahkan untuk menjalani khidmat masyarakat selama dua tahun.

“Sebenarnya remaja terbabit perlu dibantu dari aspek rawatan selepas melahirkan termasuk rawatan psikologi. Itu sangat penting kerana pembunuhan bayi itu dilakukan dalam keadaan dia tidak stabil.

“Malah pihak pendakwa raya perlu mendapatkan penilaian psikologi remaja terbabit. Semasa ditahan dia juga sepatutnya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukannya direman atau didakwa,” katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapat, tidak seperti kesalahan membunuh, pembunuhan bayi adalah kesalahan yang boleh dijamin mengikut Kanun Keseksaan.

“Jadi saya agak terkejut apabila ikat jamin tidak dibenarkan. Saya juga pernah keluarkan kenyataan menegur tindakan pihak berwajib berhubung penahanan remaja terbabit.

“Bagi saya dia patut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kerana keadaan mentalnya tidak stabil. Itu sebenarnya yang patut dilakukan.

“Buat masa ini saya tak pasti sama ada dia berada dalam lokap polis atau di bawah jagaan JKM. Kalau di bawah JKM, Alhamdulillah dan dia sepatutnya diberikan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod memberi pendapat berbeza berkaitan kes tersebut yang dianggap sebagai agak rumit.

Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod

Beliau berpendapat, tuduhan yang dikenakan adalah wajar selepas pihak pendakwa raya mengambil kira keadaan secara keseluruhannya.

“Sebenarnya isu ini agak rumit. Pertama sebab remaja itu mengandung kerana dirogol dan satu intervensi pihak berkuasa telah dijalankan.

“Cuma apa yang berlaku di rumah itu di luar kawalan pihak berkuasa. Jadi dalam konteks itu secara fakta, dia perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan.

“Bagi saya memang wajar dalam situasi yang berlaku, kita lihat satu keadaan di mana pihak pendakwa raya perlu mengambil kira keadaan secara keseluruhannya,” katanya.

Menurut beliau, dalam konteks undang-undang, memang jelas ada elemen menyebabkan kematian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Begitu pun katanya, pihak pendakwa raya mempunyai pilihan untuk membuat pertuduhan yang lebih ringan terhadap remaja terbabit.

“Misalnya Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bukan mati mandatori. Itu satu aspek.

“Tapi kalau kita lihat dari aspek undang-undang, kalau pun dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, maka wujud apa yang dipanggil defence atau dalihan yang boleh dikemukakan, misalnya dia tidak mempunyai kawalan diri pada waktu itu.

“Tetapi ia tidak begitu kuat untuk dijadikan defence yang penuh. Jadi sekarang ini terpulang kepada pihak pendakwa raya untuk melihat kes itu secara keseluruhan untuk mencadangkan atau mengambil pertuduhan yang lebih ringan,” katanya.

Jelas Nik Ahmad Kamal, sekiranya remaja terbabit kekal dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dia boleh diletakkan di bawah kawal selia Yang di-Pertuan Agong.

“Ada satu hukuman membolehkan pesalah kanak-kanak yang melakukan kesalahan besar, membunuh misalnya, tidak dihukum mati tapi diletakkan di bawah kawal selia Yang di-Pertuan Agong.

“Maknanya sebagai contoh, kerajaan meletakkan dia di Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai umur dewasa. Selepas itu barulah dia menjalani hukuman sebenar iaitu penjara seumur hidup.

“Jadi saya melihat itu sebagai satu pilihan yang mungkin berlaku jika Pejabat Peguam Negara terus ingin menuduh dia di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Peras Ugut Dan Rogol, 2 Anggota Polis Didakwa Hari Ini

4

Gaya 5 bulan yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar