web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggalak Bukan Syarat Masuk Masjid, Tertakluk Pihak Agama Negeri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 6:46PM

Ahmad Marzuk (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Titingan di Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kerajaan tidak mewajibkan pengambilan dos penggalak COVID-19 sebagai syarat untuk individu menunaikan ibadah di masjid, setakat ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, penetapan syarat prosedur operasi standard (SOP) itu bagaimanapun tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa agama di setiap negeri.

“Ia tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri memandangkan ada negeri yang menjadikan pengambilan dos penggalak sebagai syarat wajib untuk beribadah di masjid.

“Walaupun tidak diwajibkan, saya menggalakkan orang ramai untuk mengambil dos penggalak sebagai perlindungan tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden mereka yang belum melengkapkan dos wajib dan dos penggalak imunisasi vaksin COVID-19, tidak dibenarkan memasuki masjid di Batu 14, Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Terdahulu, Ahmad Marzuk menyampaikan sumbangan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bernilai RM50,400 kepada 78 ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Titingan, di sini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, pihaknya masih menunggu keputusan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung kebenaran kemasukan jemaah haji dari negara luar.

“Setakat ini, Malaysia tiada halangan untuk menghantar jemaah haji ke sana.

“Jika Arab Saudi menerima jemaah dari luar, kita akan melakukan saringan ke atas jemaah yang layak mengerjakan haji,” katanya. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID -19: KKM Saran Dos Penggalak Ketiga Untuk Golongan Rentan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Mudah Terpengaruh Dakyah Palsu Punca Rakyat Tak Ambil Dos Penggalak - Pakar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Pertingkat Pengambilan Dos Penggalak

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Vaksin Pfizer Dilulus Sebagai Dos Penggalak Kanak-Kanak

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan