Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Pertingkat Pengambilan Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 11:23AM

Setakat 5 Januari (semalam), kira-kira 49.9 peratus penduduk di negara ini telah mengambil dos penggalak pertama namun hanya dua peratus yang mengambil dos penggalak kedua - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah lebih dua tahun vaksin COVID-19 dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal termasuk Pfizer yang menjadi vaksin primer terbukti paling berkesan dalam mengurangkan risiko kematian, namun tidak sampai 50 peratus penduduk Malaysia menerima dos penggalak mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lepas, menggesa rakyat mendapatkan dos penggalak susulan satu lagi gelombang jangkitan COVID-19 dijangka tiba di negara ini bersama-sama kedatangan pelawat dari China yang baru sahaja menarik balik dasar Sifar COVID, serta negara-negara lain yang sedang mendepani pelbagai subvarian virus itu.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan memantau ketibaan pelawat bagi memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia terjamin, selain meminta semua ahli masyarakat mengamalkan pendekatan “kita jaga kita”. Malah, ada kemungkinan pemakaian pelitup muka akan diwajibkan semula.

Penulis menyambut baik jika arahan pemakaian pelitup muka ini dikuatkuasakan kembali, khususnya di dalam bangunan. Setidak-tidaknya Malaysia masih mensyaratkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertentu seperti di dalam pengangkutan awam dan di kemudahan kesihatan.

Bagaimanapun negara kita seakan tersasar dari landasan dalam aspek pemvaksinan dan pemberian dos penggalak. Sebagai seorang penyokong pengambilan apa juga vaksin, penulis melihat gesaan pengambilan dos penggalak ini hanya dibuat ala kadar dan mungkin juga sudah terlambat. Bukan penulis seorang sahaja berpandangan begini.

negara kita seakan tersasar dari landasan dalam aspek pemvaksinan dan pemberian dos penggalak - Gambar Hiasan
negara kita seakan tersasar dari landasan dalam aspek pemvaksinan dan pemberian dos penggalak - Gambar Hiasan

Pakar epidemiologi Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud memberitahu Bernama bahawa Malaysia perlukan strategi jangka panjang bagi mengurus dan menangani COVID-19 serta kesan jangka panjangnya dengan menumpukan pada usaha mendapatkan penggalak bivalen bagi melindungi rakyat.

“Mengulangi pengambilan dos penggalak jenis vaksin yang sama bukan satu strategi kesihatan awam yang mampan,” katanya.

Selepas tiga tahun dan bermutasi beberapa kali, COVID-19 kekal sebagai ancaman. Selain daripada ketibaan pelawat dari China, kini timbul varian baharu XBB.1.5 yang dikatakan paling kebal vaksin serta tangkas mengikat sel. Ia kini di laluan untuk mendominasi dunia sepertimana ia menguasai jangkitan di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

“Berita ini semakin kerap kita dengar. Ia merupakan subvarian yang paling mudah menjangkiti setakat ini,” kata Dr Vinod Balasubramaniam, pakar virologi daripada Sunway University. 

Beliau menegaskan sekalipun subvarian baharu ini mungkin mampu mencetuskan jangkitan dalam kalangan orang yang telah divaksinasi, tidak ada bukti ia boleh membawa maut sepertimana Delta atau mampu mengelak tindak balas peneutralan atau kesan perlindungan vaksin.

Yang menjadi persoalan ialah mengapa tidak ada usaha yang lebih hebat bagi menganjurkan pengambilan dos penggalak pada tahun lepas apabila negara dilanda gelombang Omicron? Walaupun artikel dan laporan mengenai vaksin dan dos penggalak sentiasa disiarkan oleh media, jumlah artikel semakin berkurangan selepas sektor ekonomi dibuka semula.

Setakat 5 Januari (semalam), kira-kira 49.9 peratus penduduk di negara ini telah mengambil dos penggalak pertama namun hanya dua peratus yang mengambil dos penggalak kedua. Pakar perubatan menyifatkan keadaan ini sebagai sesuatu yang “menakutkan”.

Mengapa begitu rendah?

Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menyalahkan perancangan dan penyebaran maklumat tentang dos penggalak yang tidak dibuat dengan baik.

“Kempen pengambilan dos penggalak ini seakan dibuat oleh KKM tanpa berfikir panjang (sama seperti ketika kemunculan Omicron dan keputusan China menarik balik dasar Sifar COVID), bukan strategi jangka panjang. Hasilnya, penyebaran maklumat, perancangan dan pelaksanaan yang kurang baik, dan ini membawa kepada kadar pengambilan dos penggalak yang sangat rendah,” ujar Dr Awang Bulgiba.  

Selepas tiga tahun dan bermutasi beberapa kali, COVID-19 kekal sebagai ancaman - Gambar Hiasan
Selepas tiga tahun dan bermutasi beberapa kali, COVID-19 kekal sebagai ancaman - Gambar Hiasan

 

AMBIL VAKSIN SEKARANG 

Bagi penulis, keengganan memanfaatkan kemudahan bagi melindungi dan menjamin kesihatan diri sendiri adalah sesuatu yang asing.

Semasa syarikat farmaseutikal baru mengeluarkan dan mengedarkan vaksin COVID-19 pada penghujung 2020 dengan hanya golongan tertentu diutamakan vaksinasi - pemvaksinan pula disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen - penulis begitu terdesak inginkan suntikan itu. 

Saudara mara dan rakan yang menetap di AS dan UK sudah menerima vaksin masing-masing namun sebahagian besar penduduk Malaysia perlu menunggu pemvaksinan golongan yang berkenaan selesai. Pada masa sama juga bilangan mereka yang antivaksin dan keberatan mengambil vaksin bertambah, gara-gara penularan maklumat salah di media sosial. Ramai yang menggunakan hujah konspirasi, iaitu teori yang berleluasa di AS dan juga negara lain.

Apabila kerajaan menawarkan vaksin AstraZeneca kepada umum, penulis tidak bertangguh. Ketika dos penggalak mula ditawarkan tanpa perlu janji temu pada Disember 2021, penulis antara yang pertama dalam kalangan rakan sepejabat yang pergi mendapatkannya. Begitu juga ketika tawaran dos penggalak kedua dibuka pada Jun 2022, penulis pantas memanfaatkan peluang itu untuk melindungi diri.

Justeru, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, penulis tidak melepaskan peluang mendapatkan vaksin bivalen - gabungan vaksin untuk strain asal COVID-19 dan versi terkini bagi strain Omicron - ketika menziarahi mentua di AS kira-kira dua minggu lepas.

 

KEJUTAN DI CALIFORNIA

Penulis melalui pengalaman pandemik yang agak mengejutkan ketika berada di AS. Penulis sudah terbiasa memakai pelitup muka di Malaysia, terutama ketika di dalam bangunan. Oleh itu, sepanjang penerbangan ke sana, penulis berpelitup muka. Tiba di San Francisco, didapati ramai yang berpelitup muka dan penulis masih boleh menerima keadaan itu. 

Namun setibanya di Lincoln, iaitu bandar kediaman mentua, penulis tergamam. Sangat susah untuk melihat orang berpelitup muka sedangkan bandar itu mempunyai penduduk warga emas yang ramai. Jika tidak kerana bunyi batuk yang kedengaran di sekeliling, penulis mungkin akan ingat yang kita berada di era prapandemik ataupun jangkitan COVID-19 sudah berakhir.  

Di sebalik gesaan pengambilan dos penggalak, timbul soalan sama ada masyarakat di negara ini akan akur dan mengambil dos penggalak atau mereka mengambil pendirian untuk menunggu ketibaan vaksin bivalen - Gambar Hiasan
Di sebalik gesaan pengambilan dos penggalak, timbul soalan sama ada masyarakat di negara ini akan akur dan mengambil dos penggalak atau mereka mengambil pendirian untuk menunggu ketibaan vaksin bivalen - Gambar Hiasan

Sememangnya suasana itu amat memeranjatkan kerana AS sedang mendepani tiga pandemik iaitu COVID-19, flu dan respiratory syncytial virus (RSV).

Mungkin penulis tidak patut rasa pelik kerana selama tiga tahun belakangan ini, penulis asyik terbaca tentang warga Amerika membantah pemakaian pelitup muka dengan pelbagai alasan tidak logik termasuk keracunan karbon dioksida. Pengambilan dos penggalak dalam kalangan penduduknya juga tidak memberangsangkan.

Bagi penulis ini adalah sesuatu yang merugikan kerana amat mudah untuk mendapatkan dos penggalak di AS, sekalipun anda bukan rakyat ataupun penduduknya. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) dalam laman sesawangnya menegaskan vaksin tersedia untuk semua.

Untuk mendapatkan suntikan itu, suami dan penulis hanya perlu buat janji temu di farmasi berdekatan dan ahli farmasi akan memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada sesiapa sahaja yang memerlukan walaupun individu itu tidak dilindungi insurans perubatan.

Pada mulanya penulis agar bimbang kalau-kalau ahli farmasi enggan memberikan suntikan itu kepada penulis memandangkan penulis bukan warga AS, namun segalanya berjalan lancar dan vaksin tersebut juga adalah percuma. 

Penulis tidak mengalami sebarang kesan sampingan selain rasa sengal di bekas suntikan yang kemudian hilang selepas beberapa jam.

Dua minggu berlalu, penulis gembira kerana kini dilindungi daripada strain Omicron. Lebih-lebih lagi penulis mempunyai beberapa masalah kesihatan.

 

TEMPOH MENUNGGU 

Penulis mungkin bertuah kerana dapat mengambil vaksin bivalen di AS ketika rata-rata rakyat di Malaysia terpaksa menunggu.

Di sebalik gesaan pengambilan dos penggalak, timbul soalan sama ada masyarakat di negara ini akan akur dan mengambil dos penggalak atau mereka mengambil pendirian untuk menunggu ketibaan vaksin bivalen.

Pakar perubatan bersetuju dos penggalak bivalen memberikan perlindungan terbaik terhadap COVID-19 buat masa ini, namun mereka tidak sependapat tentang pengambilan berulang dos penggalak daripada jenis vaksin yang sama atau monovalen.

 “Dos penggalak terbaik adalah apa sahaja yang ada di depan mata. Kita tidak patut menunggu vaksin bivalen yang entah bila akan tiba di negara ini. Sebaiknya setiap orang harus dapatkan dos penggalak,” kata Dr Vinod.

Dr Awang Bulgiba tidak bersetuju kerana katanya daripada mendapatkan dos penggalak monovalen,  lebih baik tingkatkan intervensi bukan farmasi seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan menambah baik sistem pengudaraan di dalam bangunan.

“Saya tidak menganjurkan pengambilan penggalak monovalen sementelah kita tahu vaksin bivalen adalah selamat dan dapat memberikan perlindungan yang lebih baik,” katanya, menambah tumpuan sepatutnya pada vaksin pan-coronavirus  atau semua dalam satu, vaksin intranasal dan vaksin yang direka khusus untuk mempercepat imuniti sel pada masa depan.

--BERNAMA

Tag: COVID-19; bivalen; vaksin; XBB.1.5; California

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

3

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Beni Koji Choleste Help’ Tidak Berdaftar Di Malaysia - NPRA

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran