web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin Pfizer Dilulus Sebagai Dos Penggalak Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 9:11PM

KKM meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Comirnaty keluaran Pfizer sebagai dos penggalak kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Comirnaty keluaran Pfizer sebagai dos penggalak kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-380 yang bersidang hari ini.

“Vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection diluluskan sebagai dos penggalak kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

“Ia boleh diambil golongan tersebut sekurang-kurangnya selepas enam bulan daripada penerimaan dos primer vaksin Comirnaty,” katanya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kelulusan bersyarat itu bagaimanapun masih memerlukan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap maklumat kualiti, keselamatan serta keberkesanan vaksin oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif.

“KKM sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan,” katanya.

Pada September tahun lalu, KKM mengesyorkan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun diberikan dos penggalak pertama susulan penularan varian Omicron.

Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin berkata, pemberian dos penggalak pertama akan dapat meningkatkan keberkesanan vaksin terhadap penyakit teruk yang disebabkan oleh varian Omicron dan boleh diberikan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan selepas penerimaan dos vaksin terakhir.

“Varian Omicron lebih mudah berjangkit dan merebak dengan lebih cepat selain berisiko menyebabkan lebih banyak kemasukan ke hospital dan kematian.

“Kekebalan sistem imun yang berkurangan dari semasa ke semasa, ditambah dengan pengelakkan imun oleh varian Omicron, akan menyebabkan keberkesanan vaksin juga berkurang.

“Kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun dengan komorbiditi atau imunokompromi (imun yang lemah) adalah kumpulan kanak-kanak yang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk,” katanya.

Berdasarkan data di laman KKMNOW, hanya 0.1 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima suntikan dos penggalak COVID-19.

Sementara itu, seramai 49.9 peratus telah menerima dos pertama mereka manakala 43.4 peratus lagi sudah lengkap divaksinasi.

Sarawak menjadi negeri mencatatkan kadar vaksinasi tertinggi dalam kalangan kanak-kanak diikuti Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor. – Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID -19: KKM Saran Dos Penggalak Ketiga Untuk Golongan Rentan

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 55 minit yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Politik 45 minit yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad