web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Sekeluarga Maut Bertembung Pacuan 4 Roda

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 3:32PM

Keadaan salah satu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung sebuah pacuan empat roda yang hilang kawalan di Lebuhraya Sultan Iskandar di sini, hari ini.

Kesemua mangsa yang menaiki Hyundai Starex disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dirempuh sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki.

Dalam nahas ngeri sekitar jam 10.45 pagi itu, Toyota Hilux terbabit dikatakan terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh MPV, menyebabkan kenderaan dinaiki empat sekeluarga berkenaan remuk.

Identiti mangsa meninggal dunia dikenalpasti sebagai Milan Damani, 32, S C Tinisha, 31, Rivaan Ivaan Damani dan Ishaan Ivaan Damani, yang masing-masing berumur empat tahun serta tiga tahun.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Hartamas digegaskan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian pada jam 10.52 pagi untuk mengeluarkan kesemua mangsa tersepit.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Hamdan Samad, berkata kemalangan itu menyebabkan empat mangsa terdiri seorang lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak tersepit dalam kenderaan yang remuk.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Seorang lelaki berusia 27 tahun yang memandu Toyota Hilux mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak bomba difahamkan Toyota Hilux itu yang dalam perjalanan menghala ke arah Seremban hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Ia kemudian bertembung dengan Hyundai Starex yang dalam perjalanan menghala ke arah bangunan Parlimen. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

4 Maut, 1 Cedera Parah Nahas Di Gua Musang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Maut Nahas 4 Kenderaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Lubang, Pekerja Kilang Dan Anak Tiri Maut Motosikal Bertembung Kereta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibu, Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 38 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja