web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Terus Menurun, 27,299 Jangkitan Baharu Semalam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 11:56AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 27,299 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menurun sedikit berbanding 30,644 kes, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,395,170 kes.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 27,043 kes tempatan dan 256 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih membabitkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 18,324 atau bersamaan 67.12 peratus. Sebanyak 8,846 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 62 kes iaitu 0.23 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (33) serta kategori 5 (34),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 129 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 32 kes iaitu 21.15 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya, daripada jumlah itu, 71 kes sudah menerima dua dos vaksin, manakala 26 kes membabitkan individu sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 65 kes berumur 60 tahun ke atas, 35 kes mempunyai komorbiditi manakala satu kes ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan tujuh kluster baharu di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan kluster masih aktif di negara ini adalah 494 sehingga kini.

Beliau berkata, perkembangan itu secara keseluruhannya menyaksikan setakat ini, sebanyak 6,774 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak pandemik berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, bagi kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), sebanyak 348 kes dengan 153 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dan 195 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan, dicatatkan buat masa ini.

“Sebanyak 203 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 22,710 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 3,063,560 kes. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad