web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RM2.4 Juta Bina Semula Rumah Mangsa Kebakaran Di Landung Ayang Laut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 4:49PM

Hajiji Noor (topi kuning) melawat mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang Laut, Kudat, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT - Sebanyak RM2.4 juta diperuntukan kerajaan negeri dalam usaha membantu mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang Laut, di sini, hari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan itu diberikan kepada 120 ketua isi rumah (KIR) yang kehilangan kediaman dalam kebakaran 15 Februari lalu.

"Kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan sebanyak RM20,000 dalam bentuk bahan binaan bagi setiap ketua isi rumah.

"Saya berharap bantuan ini dapat membantu mereka membina kediaman baharu dengan kadar segera," katanya ketika melawat mangsa kebakaran di Dewan Tun Mustapha di sini, hari ini.

Hajiji Noor melawat mangsa kebakaran di Dewan Tun Mustapha, Kudat, hari ini.
Hajiji Noor melawat mangsa kebakaran di Dewan Tun Mustapha, Kudat, hari ini.

Menurut beliau, setiap KIR juga akan mendapat bantuan sebanyak RM500 sebagai perbelanjaan harian.

"Semua mangsa akan ditempatkan di tapak kediaman asal, namun, akan diselaraskan agar lebih tersusun termasuk dari segi jarak antara rumah penduduk.

"Kerja pembinaan ini akan dilakukan secara gotong royong dengan penduduk bagi membolehkan ia disiapkan dengan kadar segera," katanya.

Sejumlah 179 kediaman setinggan di perkampungan berkenaan musnah dalam kebakaran besar tersebut. – Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad