web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Semakin Buruk, Jumlah Mangsa Di Terengganu Dan Kelantan Terus Bertambah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 12:24PM

Seorang penduduk di Kampung Guchil 7, Kuala Krai, Kelantan terpaksa meredah air untuk berpindah ke tempat selamat. - Gambar dari media sosial

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat apabila seramai 2,563 mangsa, melibatkan 773 keluarga dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, banjir juga telah merebak ke Besut dan Dungun, menjadikan jumlah daerah terjejas bertambah kepada lima setakat ini.

“Setakat jam 9 pagi ini, sebanyak 51 PPS dibuka di dua daerah berkenaan selain di Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu,” katanya hari ini.

Seramai 2,563 mangsa banjir di Terengganu terpaksa dipindahkan ke PPS.
Seramai 2,563 mangsa banjir di Terengganu terpaksa dipindahkan ke PPS.

Menurut jurucakap itu, Kemaman masih mencatatkan bilangan mangsa tertinggi apabila seramai 1,244 penduduk ditempatkan di 18 PPS termasuk Dewan Orang Ramai Kampung Teladas, Dewan Sivik Air Putih, Balai Raya Padang Kubu, Dewan Sivik Felda Seberang Tayor dan Dewan Orang Ramai Batu 14 Kuala Tayor.

"Di Hulu Terengganu, mangsa meningkat lebih sekali ganda kepada 652, 334 yang direkodkan jam 5 petang semalam.

"Bagi Besut pula, 414 penduduk ditempatkan di 11 PPS manakala Setiu dan Dungun masing-masing merekodkan 234 serta 69 mangsa," katanya.

Beliau memberitahu, kesemua lapan daerah berkenaan masih dilanda hujan lebat sejak pagi tadi.

Terengganu mulai dilanda banjir bermula semalam yang disifatkan sebagai paling teruk dalam lima episod gelombang monsun Timur Laut sejak 2 Disember lalu.

Pemerhatian di laman web Public Infobanjir mendapati, sembilan stesen sungai melepasi paras bahaya dengan tiga daripadanya terletak di Hulu Terengganu, masing-masing dua di Besut dan Kemaman dan satu di Setiu serta Dungun.

Sementara itu di KELANTAN, hujan lebat sejak dua hari lalu menyebabkan 1,233 penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS setakat jam 11 pagi, selepas empat daerah di negeri ini dinaiki air.

Kesemua mereka dipindahkan ke 26 PPS di sekitar Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jeli mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 572 yang ditempatkan di lapan PPS.

Kuala Krai pula merekodkan 331 mangsa di lapan PPS, diikuti Tanah Merah (300 di sembilan PPS) dan 30 lagi di Pasir Mas.

Sementara itu, menurut laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, lima sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai setinggi dengan 42.75 meter (m), Sungai Lanas di Air Lanas Jeli (29.75 m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (25.94 m), Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang (21.88 m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (10.39 m).

Dua lagi sungai turut melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai (24.94 m) dan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah(15.76 m).

Tiga sungai lagi melebihi paras waspada iaitu Sungai Lebir di Gua Musang dengan bacaan 67.03 m, Sungai Lebir di Kampung Karangan, Kuala Krai (31.72 m) dan Sungai Nal di Kuala Krai (23.76 m).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Zainal Madasin berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan di lokasi rendah dan terjejas bagi usaha memindahkan mangsa.

Katanya, bomba bersama pasukan keselamatan yang lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut membantu mangsa berpindah ke PPS dan lokasi selamat.

"Kita juga menasihatkan semua penduduk yang terjejas supaya bersiap sedia termasuk berpindah lebih awal, sekiranya melihat kawasan kediaman mereka dinaiki air," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar