web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi Maut Didakwa Akibat Kecuaian Hospital, KKM Siasat Terperinci

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 5:41PM

KKM akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan kecuaian kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu, Kelantan pada 18 Februari lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kementerian Kesihatan (KKM) masih menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan bahawa kecuaian kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu, Kelantan menjadi faktor kematian seorang bayi berusia dua bulan pada 18 Februari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, siasatan itu adalah bagi mengenalpasti punca sebenar insiden malang terbabit, namun setakat ini KKM belum memastikan kesahihah dakwaan berkenaan. 

“Seperti dinyatakan Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin sebelum ini, siasatan masih dijalankan dan bila kita dapat maklumat serta keputusan (siasatan), kita akan maklumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Wira, di sini, hari ini. 

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus.

Semalam, Getaran melaporkan keluarga bayi lelaki yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di HRPZ II itu sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan hospital berkenaan berhubung kejadian terbabit kerana mendakwa wujud kecuaian.

Ibu mangsa, Rosilawati Ismail, 26, berkata tindakan itu sebagai pembelaan terhadap kematian anak tunggalnya, Muhammad Hilman Firdaus Muhammad Hilmi yang berusia dua bulan.

Menurutnya, dia dan suami sudah melantik peguam serta menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan pada 3 Februari lalu, Dr Noor Azmi berkata, hanya 58 kes penerima suntikan vaksin dalam kalangan golongan terbabit dilaporkan mengalami kesan sampingan melalui MySejahtera. 

“Daripada jumlah itu, 57 kes membabitkan gejala ringan manakala satu dikategorikan serius disebabkan kepenatan kerana kanak-kanak berkenaan mempunyai sejarah menghidap asthma dan sudah berulang kali menerima rawatan di hospital.

“Rawatan sudah diberikan kepada kanak-kanak itu dan dia semakin pulih,” katanya. 

Dr Noor Azmi memaklumkan, sehingga semalam kira-kira 710,000 kanak-kanak sudah menerima suntikan vaksin dos pertama COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV). 

Ujarnya, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang mencatatkan jumlah penerima suntikan vaksin tertinggi, manakala Sabah, Terengganu serta Kelantan merekodkan jumlah terendah. 

“Jumlah masih rendah di negeri terbabit berpunca daripada sikap ibu bapa yang bersikap tunggu dan lihat serta bimbang dengan kesan sampingan. 

“Kita harap mereka (ibu bapa) mendapatkan maklumat tepat dan tidak terlalu mendengar atau mempercayai khabar angin, selain khidmat nasihat daripada pakar supaya memiliki maklumat betul serta tidak mengelirukan,” katanya. – Getaran, 25 Februari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad