web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tempoh Penerima Sinovac Ambil Dos Penggalak Dilanjut Sehingga 31 Mac

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 8:40PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerima vaksin primer Sinovac diberi tempoh masa sehingga 31 Mac depan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tempoh itu dilanjutkan bagi memudahkan golongan tersebut untuk mendapatkan dos penggalak mereka.

“Penerima vaksin Sinovac yang berusia 60 tahun ke atas perlu dapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status lengkap dalam MySejahtera.

“Tempoh masa sebelum ini kita beri sehingga 28 Februari, namun kita lanjutkan sehingga 31 Mac ini bagi memudahkan mereka mendapatkan dos penggalak berkenaan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurut Khairy, kegagalan berbuat demikian sehingga tempoh ditetapkan akan menyebabkan status vaksinasi golongan tersebut bertukar menjadi tidak lengkap.

“Jadi bermula 1 April ini, status vaksinasi lengkap akan bertukar ke tidak lengkap dalam MySejahtera jika golongan itu tak ambil dos penggalak,” katanya.

Pada masa sama, beliau merayu kepada individu dewasa dan warga emas yang belum menerima dos penggalak supaya mendapatkan pelalian berkenaan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada kesan serius jangkitan COVID-19.

Katanya, pengambilan dos penggalak berupaya memberi perlindungan terbaik, terutama kepada warga emas daripada jangkitan berbahaya itu.

“Saya merayu mereka yang ada ibu bapa, datuk nenek yang lanjut usia dapatkanlah dos penggalak dengan segera. 

“Bagi warga emas, terutamanya individu berusia 70 tahun ke atas, perlindungan terbaik datang daripada dos penggalak iaitu dos ketiga,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Khairy memaklumkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang akan kembali beroperasi mulai esok.

Katanya, sebagai permulaan PKRC itu akan menempatkan 100 katil dan akan ditambah mengikut keperluan sehingga 850 katil.

Menurut beliau, pengoperasian semula PKRC itu bagi merawat pesakit COVID-19 berisiko rendah, selain antara strategi KKM ketika penularan gelombang Omicron.

“Pembukaan semula PKRC ini bukannya kerana kita tidak cukup katil di hospital, tetapi kita tidak mahu mengganggu perkhidmatan hospital di Lembah Klang yang memberi rawatan kepada pesakit bukan COVID-19, terutamanya kes elektif yang tertangguh sejak dua tahun lalu,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

3

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

5

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad