web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


NAFAS, ANGKASA Mampu Tampung Isu Kekurangan Ayam, Telur, Minyak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 5:42PM

Abdul Fattah (kanan) bersama Zamri pada sidang media di Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Isu kekurangan bekalan ayam, telur dan minyak masak di pasaran ketika ini boleh diatasi sekiranya kerajaan memberi peluang kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) untuk menjadi pembekal produk itu kepada pengguna.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, selain mempunyai rangkaian bagi memudahkan proses pembekalan barangan itu, pihaknya dan NAFAS memiliki pengalaman untuk menguruskan import dan eksport pelbagai barangan, termasuk makanan ternakan.

Katanya, antara punca masalah kekurangan bekalan ayam dan telur adalah sikap monopoli syarikat tertentu dalam menentukan harga serta bekalan hingga membebankan pengguna.

“Kenapa kerajaan tidak berikan peluang kepada gerakan koperasi, termasuk Pertubuhan Peladang untuk kami keluarkan minyak masak sebagai contoh.

“Begitu juga beras, kenapa tidak diberikan kepada kami sedangkan NAFAS dan ANGKASA mempunyai kemampuan serta pengalaman dalam perkara ini.

“Selagi isu monopoli tidak dapat ditangani, kita akan terus berdepan masalah kekurangan bekalan dan akhirnya hasrat kerajaan membantu meringankan bebanan kenaikan harga barangan dihadapi golongan berpendapatan rendah (B40), tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob di sini, hari ini.

Abdul Fattah memaklumkan, usaha menghapuskan campur tangan orang tengah perlu diperhebatkan supaya pengguna tidak terus dibebani harga barangan keperluan asas yang terlalu tinggi.

Menurutnya, sebanyak 3,000 premis yang juga ahli ANGKASA, sedia menjadi pemudah cara dalam membantu kerajaan mengawal harga barangan supaya golongan B40 boleh membeli produk keperluan asas pada harga berpatutan.

“Begitu juga dengan NAFAS yang mempunyai 279 pertubuhan peladang kawasan (PPK) di seluruh negara dan secara keseluruhannya, kita ada rangkaian mencukupi bagi memastikan bekalan sampai ke golongan sasar,” katanya.

Sementara itu, Zamri menjelaskan masalah bekalan ayam dan telur yang tercetus sebelum ini adalah disebabkan penternak tidak mampu menyerap kos operasi berikutan harga makanan haiwan itu terlalu mahal.

“Walaupun bekalan ayam ketika ini sudah stabil, kita perlu ingat bahawa kerajaan memperuntukkan kira-kira RM500 juta untuk menampung subsidi makanan ayam.

“Kita tidak tahu sampai bila kerajaan mampu menanggung subsidi ini. Bagi tempoh tiga atau empat bulan mungkin kerajaan mampu, kalau untuk tempoh lebih lama, saya tidak fikir,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM40 bilion setahun untuk mengimport bekalan makanan, termasuk untuk ayam dan jumlah itu memberi impak serius terhadap kewangan negara.

Jelasnya, NAFAS dan ANGKASA sedia bekerjasama untuk membantu kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan terhadap orang tengah.

“Kami sedang mencari jalan untuk melakukan pelaburan strategik di luar negara bagi memastikan masalah kekurangan bekalan tidak berterusan,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertubuhan Peladang Diwartakan Sebagai Badan Awam Di Bawah Akta SPRM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Semak Semula Beberapa Perjanjian Antarabangsa Untuk Lonjakkan Industri Angkasa

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kadar Dividen Skim Pelaburan Khas DPK 8 Peratus - Mohamad Sabu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran