web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perluas Penggunaan Buku Elektronik, Tangani Isu Beg Sekolah Berat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 2:54PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan buku elektronik atau ilmu pendidikan digital di sekolah rendah perlu diperluas, bukan saja bagi mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4 (IR4) tetapi juga menangani isu beg sekolah berat.

Presiden i-Guru Mohd Azizee Hasan berkata, penggunaan buku teks yang terlalu tebal sudah tidak relevan pada hari ini.

“Kajian mendapati buku teks yang tebal tidak akan habis diajar oleh guru setiap tahun.

“Faktor utama yang menghalang ialah guru juga terpaksa berdepan dengan buku latihan tambahan dan pada masa sama merujuk buku teks tebal untuk menjayakan sesi pembelajaran,” katanya hari ini.

Menurut beliau, penggunaan buku elektronik atau pengajaran digital memerlukan peruntukan yang besar, maka Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mempertingkatkan akses internet kepada murid.

“KPM juga perlu menyediakan alat peranti yang cukup terutama bagi membantu pendidikan murid-murid di luar bandar dan pedalaman.

“Dalam mendepani cabaran IR4, big data dan era VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity), sistem pendidikan kita tidak boleh ketinggalan,” katanya.

Bukan itu sahaja katanya, guru juga perlu dipersiapkan untuk menguasai bidang teknologi pendidikan, kompetensi e-pembelajaran dan pembelajaran abad ke 21 (PAK21).

Mohd Azizee Hasan
Mohd Azizee Hasan

“Ilmu pendidikan digital juga perlu ditingkatkan seiring dengan perkembangan dunia yang bergerak pantas khususnya pasca pandamik COVID-19,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Azizee berkata, sudah tiba masanya KPM menyemak semula kurikulum Tahap Satu dengan melihat subjek yang diajar sepanjang sesi persekolahan.

Katanya, subjek yang diajar perlu memfokuskan kepada penguasaan 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira.

“Selain itu, pembentukan karakter melalui pembinaan adab, nilai dan jati diri serta aktiviti tumbesaran fizikal seperti kecergasan jasmani turut diberi tumpuan.

“Konsep pembelajaran berorientasikan aktiviti dan permainan juga perlu ditekankan kerana ia sesuai dengan tumbesaran anak-anak kecil ini,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini, murid berdepan kurikulum dengan subjek yang banyak setiap hari selain perlu mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Sudah jelas ia agak membebankan sebahagian murid untuk melalui situasi membawa beg sekolah yang berat sepanjang hari.

“Malah perlu ada keselarasan subjek Pendidikan Islam di sekolah aliran perdana dengan orientasi subjek kelas KAFA anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata KPM sedang menangani isu beg sekolah berat yang dianggap belum ada penyelesaian.

Katanya, antara aspek diberi perhatian ialah jumlah mata pelajaran yang diajar setiap hari, selain buku latihan dari luar yang dibawa ke sekolah. - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sedia Beri Kerjasama, Guan Eng Yakin Tidak Bersalah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Sabah Sambut Baik Komitmen Kerajaan Persekutuan Bantu Isu Bekalan Air

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Menteri UMNO Bangkit Isu Kalimah Allah Dalam Mesyuarat Kabinet Esok

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran