web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sabah Sambut Baik Komitmen Kerajaan Persekutuan Bantu Isu Bekalan Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 8:21PM

Hajiji Noor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah mengalu-alukan komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu dalam menyelesaikan isu bekalan air di negeri ini sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji berkata Sabah sedang dalam proses melaksanakan pelannya sendiri untuk menangani masalah air dan dengan bantuan daripada Persekutuan, kerajaan negeri percaya masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat.

Beliau juga menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pengurusan bekalan air negeri.

“Apa yang dimaksudkan Perdana Menteri adalah kerajaan Persekutuan akan membantu dalam pengurusan masalah itu dengan menyediakan pembiayaan yang lebih besar sama seperti isu air Kelantan.

“Kerajaan memandang serius masalah bekalan air di Sabah. Kita akan bincang semua isu itu semasa pertemuan dengan Perdana Menteri bagi mendapatkan penyelesaian yang berkekalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Semalam, Anwar berkata kerajaan Persekutuan akan cuba menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan dan Sabah walaupun ia melibatkan perbelanjaan besar, dan isu itu perlu ditangani kerana ia adalah masalah asas dan bukannya hal politik.

Anwar berkata beliau telah berunding dengan Hajiji dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob serta mempersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bahawa kerajaan pusat perlu mengambil alih tanggungjawab menyelesaikan masalah air walaupun belanjanya besar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya ketika mengeluas mengenai komitmen kerajaan Persekutuan itu, menjelaskan bantuan berkenaan tidak seharusnya disalah tafsir oleh pihak pembangkang kononnya kerajaan Sabah memberikan kuasa kawal selia air kepada kerajaan pusat.

“Kita mengalu-alukan tawaran daripada Perdana Menteri (Anwar) untuk membantu meringankan masalah air… kita sedar perancangan untuk selaras bekalan air di Sabah perlu belanja agak tinggi, jadi kita memerlukan bantuan sama ada geran atau pinjaman Persekutuan untuk kita laksanakan projek bekalan air di Sabah.

“Tetapi ini kita kena nyatakan, kita alukan bantuan kerajaan Persekutuan tetapi bukan serahkan urusan air kepada Persekutuan...tiada secara spesifik juga nyatakan (kerajaan Persekutuan) ambil alih urusan air di Sabah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Program Ramah Mesra Media dan Aidilfitri Projek Leburaya Pan Borneo Sabah di sini hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad