web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usaha Kesan Mangsa Kejadian Bot Terbalik Belum Berhasil

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 5:05PM

Antara anggota Maritim Malaysia yang terbabit dalam Operasi SAR seorang lelaki dilaporkan lemas selepas bot gentian kaca terbalik sebelum tenggelam di perairan Karang, Tanjung Pelindung, dekat Kuantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama rakannya terbalik di perairan Tanjung Pelindung, dekat sini, Sabtu lalu, masih belum berhasil.

Bot dinaiki mangsa, Fadzely Mohamed, 40 tahun dan rakannya, Abdul Mutalib Abdul Rahman, 38 tahun terbalik selepas terlanggar pukat tunda kira-kira jam 6.30 petang berhampiran perairan itu.

Difahamkan, mereka berdua keluar menaiki bot gentian kaca kira-kira jam 7 pagi untuk memancing, sebelum terbabit dalam insiden berkenaan.

Abdul Mutalib bagaimanapun berjaya diselamatkan nelayan lain yang kebetulan melalui lokasi kejadian, selepas dia berpaut pada badan bot yang terbalik selama 30 minit.

Penolong Pengarah Kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Leftenan Komander Maritim Mahathir Ismail berkata, pencarian sudah memasuki hari ketiga membabitkan kawasan seluas 140 batu nautika di perairan Karang Tanjung Pelindung.

“Operasi SAR ini disertai aset udara dan laut milik agensi Maritim Malaysia, Polis Marin dan bot nelayan setempat.

“Kita berdepan kesukaran dalam operasi kali ini dan harapan untuk menemui mangsa dalam keadaan selamat juga agak tipis,” katanya ketika ditemui di pantai Kampung Baru Beserah, di sini, hari ini.

Leftenan Komander Maritim Mahathir Ibrahim
Leftenan Komander Maritim Mahathir Ibrahim

Sementara itu, ahli keluarga Fadzely berharap jasad lelaki itu dapat ditemui segera.

Adiknya, Nurul Asyikin, 38, berkata, seluruh ahli keluarga reda jika ditakdirkan abangnya sudah meninggal dunia.

“Saya harap abang dijumpai, sama ada hidup atau pun mati.

“Saya kasihan apabila melihat mak, ayah dan anak saudara yang demam kerana teringat abang.

“Kalau jumpa jasad abang, sekurang-kurangnya terubat kerinduan mereka.

“Jadi, saya minta semua doakan supaya jasad abang dijumpai, kalau sudah tersurat (lemas), kami reda, tapi kalau boleh, jika mati biarlah berkubur,” katanya.

Nurul Asyikin berkata, abangnya itu belum berkahwin dan berubah menjadi seorang pendiam beberapa hari sebelum kejadian.

“Selalunya dia sangat peramah dan abang sering membaiki bot milik ayah tanpa disuruh, memang tak pernahlah dia buat sebelum ini.

“Abang juga selalu cakap nak ikut ayah turun ke laut, nak cari modal untuk baiki bot rosak katanya, tapi tak kesampaian apabila dia terbabit dalam kejadian ini,” katanya. - Getaran, 21 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran