web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Perniagaan Rugi Lebih RM100,000 Ditipu 2 Individu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 4:28PM

Datuk Shafien Mamat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang ahli perniagaan kerugian RM140,679 selepas ditipu suspek yang menyamar sebagai pegawai Telekom Malaysia (TM) dan pegawai polis, minggu lalu.

Susulan penipuan Macau Scam itu, mangsa yang juga lelaki berusia 20-an tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mangsa pada 11 Februari lalu ketika berada di rumahnya di Machang, menerima panggilan daripada suspek, yang menyamar sebagai pegawai TM Point dan mendakwa, identitinya digunakan dalam satu kes jenayah siber.

Menurut beliau, panggilan tersebut kemudiannya disambungkan kepada dua suspek yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Sarjan dan Inspektor.

“Mangsa didakwa terbabit dalam kes pengubahan wang haram, melibatkan satu sindiket pelaburan yang dikatakan diketuai seorang individu.

“Individu berkenaan didakwa telah memindahkan wang berjumlah RM400,000,” katanya di sini hari ini.

Shafien berkata, mangsa yang menafikan sebarang pembabitan kemudian dinasihatkan untuk meminta bantuan suspek berikutnya, dikenali sebagai Asisten Komisioner (ACP) Datuk Mohd Fazley.

“Bagi membantu siasatan, mangsa diarahkan untuk menyerah maklumat perbankan internet, iaitu nama pengguna dan kata laluan serta nombor kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) akaun bank miliknya,” katanya.

Katanya, mangsa diarahkan untuk menyerahkan maklumat akaun bank milik ibunya atas alasan untuk siasatan, bagi mengesahkan wanita tersebut tidak terbabit dengan kes pelaburan berkenaan dan juga pengubahan wang haram.

“Mangsa kemudian mendapati 15 transaksi telah dibuat, melibatkan wang berjumlah RM140,679 dari akaun ibunya antara 11 hingga 15 Februari lalu.

“Suspek mendakwa wang berkenaan dipindah sementara ke Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tujuan siasatan dan akan dikembalikan semula,” katanya.

Mangsa jelas Shafien, mula berasa curiga apabila dinasihatkan suspek untuk membuat pinjaman bank untuk membesarkan perniagaan, sebelum tampil membuat laporan di balai polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan, dan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. - Getaran, 21 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 22 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad