web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gagal Angkat Martabat Bahasa Melayu, Anwar Tegur Pihak Berkuasa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 8:38PM

Anwar (kanan) menyatakan sesuatu kepada Amirudin ketika melihat salah satu bahan pameran, selepas melancarkan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil dan Kursi Siddiq Fadzil di UNISEL hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak berkuasa negara ini kerana tidak mempunyai keupayaan untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tanpa mengenepikan keutamaan terhadap Bahasa Inggeris.

Tegas beliau, Kementerian Pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu memainkan peranan penting serta lebih lantang bersuara bagi mengangkat kedudukan Bahasa Melayu

“Bahasa Inggeris tetap penting, tetapi kita tidak boleh kekalkan suasana sekarang yang tidak memberi tumpuan untuk mengangkat Bahasa Melayu,” katanya selepas pelancaran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil dan Kursi Siddiq Fadzil di UNISEL hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut Anwar, Institut dan Kursi Siddiq Fadzil akan berperanan menjalankan kajian dan kegiatan untuk membumikan pemikiran Profesor Datuk Dr Siddiq Fadzil dalam bidang agama, sastera, kemasyarakatan dan kepemimpinan.

"Saya merasa senang dengan keprihatinan Kerajaan Negeri, UNISEL, IDE dan WADAH dalam menjayakan ikhtiar yang nyata bukan sekadar suatu penghargaan kepada keluarga waris Almarhum, tetapi juga demi manfaat rakyat terbanyak.

"Sesungguhnya mana-mana negara atau peradaban, tidak kira walau maju mana sekalipun, tidaklah akan bermakna apa-apa tanpa budaya dan jati diri bangsa yang kukuh," katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, kerajaan harus menjadikan Bumiputera, Melayu dan Islam sebagai tunjang dengan mengukuhkan kedudukan bangsa tanpa meminggirkan budaya serta pandangan kaum lain.

Beliau berkata, pemikiran dan kritikan yang dilontarkan Siddiq selaku bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) perlu dijadikan pedoman dalam kepemimpinan.

“Apa yang ditekankan Siddiq adalah supaya kita berakar kepada bumi Melayu, tetapi kita juga terima kenyataan bahawa kita harus mengangkat martabat rakyat Malaysia dalam konsep kewarganegaraan.

“Begitu juga tentang kefahaman Islam, kalau tidak dalami fahaman Islam, ini apa yang berlaku seperti sekarang. Tafsirannya pelbagai, yang melampau, cara Taliban dan lain-lain,” katanya. - Getaran, 17 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi