web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JSJ Kenal Pasti 4 Negeri Rekod Jenayah Bitcoin Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 3:11PM

Abd Jalil (kanan) dan Wan Nazmy (kiri) menunjukkan sebahagian peralatan melombong Bitcoin yang dilupuskan di Rompin, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROMPIN - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sudah mengenal pasti empat negeri yang merekodkan jumlah tertinggi membabitkan aktiviti melombong Bitcoin secara haram.

Sepanjang tahun 2020, pihak polis berjaya merekodkan rampasan bernilai RM1.2 juta akibat aktiviti itu, manakala tahun lalu, jumlahnya meningkat secara mendadak kepada RM54 juta.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, negeri terbabit ialah Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang.

Menurut beliau, semua negeri itu dikesan mempunyai banyak kawasan perindustrian dan bangunan rumah kedai terbengkalai yang sangat strategik untuk menyembunyikan aktiviti berkenaan.

"Bagi memastikan tugas penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, kita dengan kerjasama unit Special Engagement Against Losses atau SEAL daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa melakukan pemantauan di lokasi yang disyaki terbabit dengan aktiviti berkenaan.

"Kita juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang merancang atau bercadang untuk terbabit dalam aktiviti melombong Bitcoin menggunakan arus elektrik secara haram, kami akan terus memburu kamu sehingga ke lubang cacing kerana aktiviti ini mengakibatkan kerugian besar kepada negara," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pelupusan barang kes di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood.

Abd Jalil turut memaklumkan sebanyak 20 fail siasatan membabitkan aktiviti perlombongan Bitcoin secara haram dibuka sepanjang tahun lalu, dengan 10 daripadanya sudah dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Beliau turut berkata, individu yang terbabit dalam aktiviti haram itu juga boleh disiasat dan dikenakan tindakan menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

"Jika sebelum ini mereka yang kita tahan kerana terbabit dalam aktiviti ini (melombong Bitcoin secara haram) akan didakwa mengikut Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990, tetapi selepas ini kita akan gunakan Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman lebih berat, termasuk penjara," katanya.

Sementara itu, Wan Nazmy berkata, secara umumnya TNB dan kerajaan mengalami kerugian antara RM400 juta hingga RM500 juta setahun akibat aktiviti perlombongan Bitcoin secara tidak sah.

Katanya, aktiviti melombong Bitcoin bukan satu kesalahan sekiranya individu atau syarikat berminat mengemukakan permohonan kepada TNB dan mereka akan dikenakan kadar tarif elektrik komersial untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

Bagaimanapun, Abd Jalil berkata, pengusaha lombong Bitcoin tidak akan memperoleh keuntungan besar jika melakukan aktiviti itu secara sah.

“Kerana itulah banyak lombong Bitcoin haram beroperasi ketika ini,” katanya. – Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad