web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Kluster Baharu Institusi Pendidikan Dikesan Di Sabah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 7:16PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kluster COVID-19 berkaitan institusi pendidikan di Sabah terus meningkat apabila merekodkan dua kes baharu, hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu adalah Kluster Jalan Bandar, Kota Marudu dan Kluster Jalan Sokid, Ranau.

Menurutnya, kluster Jalan Bandau di Kota Marudu tercetus selepas seorang pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu 1 dikesan positif COVID-19 melalui saringan bergejala pada 9 Februari lalu.

Beliau berkata, hasil saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sekelas dan rakan sebilik kes indeks berusia 18 tahun itu, mendapati sebanyak 95 individu turut positif virus terbabit.

“Setakat hari ini, jumlah kumulatif bagi kluster itu adalah 96 kes dan semua yang terbabit sudah diasingkan serta diberi rawatan susulan.

“Kontak rapat tidak bergejala juga diberikan arahan untuk menjalani kuarantin,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Masidi berkata, kluster Jalan Sokid yang membabitkan warga SMK Bundu Tuhan tercetus selepas kes indeks, iaitu seorang pekerja kontrak pembersihan sekolah berkenaan yang berusia 24 tahun dikesan positif melalui saringan bergejala pada 4 Februari lalu.

“Saringan kontak rapat yang dijalankan mengesan 27 individu yang juga positif COVID-19.

“Semua kes sudah diasing dan diberikan rawatan lanjut, manakala kontak rapat tidak bergejala diarah menjalani kuarantin,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad