web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bazar Ramadan Akan Dibenar Operasi Tahun Ini - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 2:06PM

SOP bazar akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk Bazar Ramadan pada tahun ini.

Bagaimanapun beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.

“Kita tidak akan tutup perniagaan, saya dah sebut raya ke, bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke, masih akan dibuka seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan luahan peniaga Bazar Ramadan yang bimbang mereka tidak boleh berniaga akibat kes COVID-19 negara yang mengalami peningkatan mendadak, susulan penularan varian Omicron sejak lebih sebulan lalu.

Semalam, kes baharu COVID-19 mencatatkan 22,802 kes menjadikan kumulatif kes mencecah lebih 3 juta.

Minggu lepas, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata penganjuran Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan, dan akan dilaksanakan seperti biasa SOP sedia ada.

Pada 2020, operasi Bazar Ramadan di seluruh negara adalah tidak dibenarkan bagi mengekang penularan COVID-19, manakala pada tahun lalu pula, operasi Bazar Ramadan di kawasan yang dikenakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tidak dibenar beroperasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek