web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penerima Dos Primer Sinovac Dibenar Ambil Vaksin Sama Untuk Penggalak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 1:28PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menawarkan perkhidmatan vaksinasi untuk dos penggalak jenis Sinovac di semua pusat pemberian vaksin (PPV) offsite di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara percuma, mulai Selasa depan.

Jurucakap ProtecHealth Corporation Sdn Bhd, memaklumkan, KKM seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin 7 Februari lalu telah membenarkan penerima dos primer Sinovac untuk mendapatkan vaksin sama sebagai suntikan penggalak.

“Oleh itu, mereka yang layak untuk mengambil dos penggalak dan ingin mendapatkan vaksin jenis  Sinovac boleh menyemak senarai PPV Luar Tapak di laman web ProtecHealth di www.protecthealth.com.my,” katanya.

Menurut jurucakap itu, tahap meneutralkan antibodi masih rendah meskipun vaksin dos ketiga Sinovac sudah diambil.

“Bagaimanapun, KKM masih mengesyorkan dos penggalak jenis Pfizer untuk penerima Sinovac kerana ia menawarkan tahap perlindungan yang lebih tinggi,” katanya lagi.

Terdahulu, Khairy menegaskan, KKM mengesyorkan Pfizer dan AZ sebagai dos penggalak kerana keberkesanan yang lebih tinggi berbanding Sinovac.

“Saya nak bagi yang terbaik kepada rakyat, takkan saya nak offer (tawarkan) yang tidak baik. Pada asalnya kita ikut keberkesanan tapi pakar dah maklum kepada saya dos penggalak Pfizer dan AZ lebih berkesan.

“Bagaimanapun kita sediakan Sinovac di PPV bagi mereka yang ada alahan, yang tidak boleh terima Pfizer sebab ada alahan, kita bagi Sinovac,” ujarnya.

Orang ramai boleh menghubungi di talian 0386872525 atau e-mel [email protected] sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai jadual pengambilan dos penggalak Sinovac. - Getaran, 12 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek