web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Tambah 4,186 Jawatan Tetap Bermula Jun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 6:13PM

Khairy Jamaluddin pada sidang media selepas mengadakan sesi dialog awam dengan Persatuan Perubatan Malaysia di Kementerian Kesihatan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,186 jawatan tetap akan ditambah di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) bermula Jun nanti.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penambahan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri, dan ia melibatkan 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi yang akan diserap ke jawatan tetap.

“Jemaah Menteri juga telah bersetuju agar sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi diwujudkan di KKM pada setiap tahun mulai tahun 2023 hingga 2025,” katanya dalam satu sidang media secara hibrid di sini hari ini.

Menurut beliau, Jemaah Menteri juga telah bersetuju supaya 800 jawatan tetap pakar perubatan dan 70 pakar pergigian diwujudkan di KKM pada setiap tahun mulai tahun 2023, bagi menampung keperluan pakar perubatan tetap di fasiliti kesihatan di bawah KKM.

“Melalui keputusan terbaharu ini, sekurang-kurangnya 8,686 perjawatan tetap tambahan melibatkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi akan diwujudkan sepanjang tempoh 2022 sehingga 2025.

“Sebagai tambahan juga, 800 lagi lantikan tetap untuk pegawai perubatan dan 70 pegawai pergigian boleh dibuat pada setiap tahun bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh pegawai perubatan yang akan dilantik menjadi pakar perubatan,” katanya.

Mengulas lanjut Khairy berkata, Jemaah Menteri juga telah bersetuju dengan pelan hala tuju atau road map yang sedang dibangunkan KKM bersama agensi dan kementerian berkaitan, bagi mencari penyelesaian jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam isu pegawai kontrak.

“Antara kandungan dalam pelan hala tuju ini termasuklah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Sarjana Muda Perubatan (SMP) dan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (SMPP) bagi mengoptimumkan kapasiti penawaran program dan mengawal kualiti graduan.

“Selain itu, ia turut melibatkan penilaian dan proses mengemas kini senarai Jadual Kedua Akta Perubatan 1971, melaksanakan Peperiksaan Kelayakan Profesional bagi menangani isu kualiti serta kompetensi graduan, selain memperkukuhkan Program Pengajian Kepakaran Kebangsaan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, maklumat lanjut berkenaan pelan hala tuju tersebut juga sedang diperhalusi dan akan dimuktamadkan.

“Perkembangan mengenai perkara ini akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa,” ujarnya.

Terdahulu, Khairy berkata, kerajaan telah melaksanakan Dasar Pengoptimuman Sumber Manusia dalam Perkhidmatan Awam dan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam mulai tahun 2015, sebagai usaha untuk memastikan perbelanjaan awam dibuat secara berhemah dan optimum.

“Namun dengan pelaksanaan dasar ini, perjawatan baharu tidak lagi diluluskan melainkan dibuat secara tukar ganti (trade-off) dengan perjawatan kosong sedia ada.

“Susulan pelaksanaan dasar ini juga, graduan perubatan, pergigian dan farmasi terpaksa menunggu lama untuk mendapat penempatan latihan siswazah atau khidmat wajib kerana faktor kekosongan jawatan tetap yang terhad,” katanya.

Atas dasar ini jelas beliau, kerajaan telah memutuskan graduan perubatan, pergigian dan farmasi dilantik secara kontrak mulai Disember 2016, ujarnya lagi.

Khairy bagaimanapun berkata, penyambungan kontrak masih belum menyelesaikan isu utama iaitu jumlah perjawatan tetap yang terhad dan tidak mencukupi, berbanding keperluan sebenar pegawai perubatan, pergigian dan farmasi, dalam memastikan kelestarian penyampaian perkhidmatan kesihatan di KKM.

“Penyambungan kontrak pegawai perubatan, pergigian dan farmasi ini hanya merupakan langkah penyelesaian segera.

“Namun dalam jangka panjang, kestabilan sistem kesihatan berkemungkinan terjejas dan tidak dapat mewujudkan jaminan pekerjaan (security of tenure) di KKM,” tegasnya.

Menyedari hakikat  tersebut, Khairy berkata, KKM dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Januari 2022 telah membentangkan satu memorandum yang membincangkan tentang Tawaran Baharu berhubung keperluan perjawatan tetap tambahan, serta hala tuju pelaksanaan inisiatif.

“Ia bagi menangani isu-isu berkaitan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak,” katanya. - Getaran, 10 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek