web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banglo Jadi Pusat Operasi Sindiket Perjudian Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 8:18AM

Polis menyerbu sebuah banglo di Jalan U-Thant, yang dijadikan pusat judi dalam talian. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis membongkar sindiket judi dalam talian dan penipuan yang menjadikan banglo sebagai pusat operasi kegiatan itu dalam serbuan di Jalan U-Thant di sini semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman SAC Mohamad Noor Yusof Ali berkata serbuan pada 3 petang itu turut menahan 33 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 18 hingga 48 tahun.

“Banglo ini dijadikan seperti asrama dengan makanan, minuman serta tukang masak turut disediakan dan kesemua operator ini tidak keluar dari premis ini,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi di premis yang disewa pada kadar RM20,000 sebulan tersebut sejak tiga bulan lepas dan polis turut merampas 42 komputer serta 256 telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

Menurut Mohamad Noor, siasatan awal mendapati mereka turut menyasarkan mangsa warga tempatan dan luar negara untuk membuat pertaruhan serta penipuan berbentuk pelaburan.

“Kita akan kenal pasti pemilik banglo ini dan akan dipanggil untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad