web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPM: 3,382 Pusat Peperiksaan Ujian Bertutur, Mendengar, Amali Sains Disediakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 7:57AM

3,382 pusat peperiksaan disediakan bagi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta Ujian Amali Sains SPM 2021, yang akan beroperasi secara berperingkat di seluruh negara mulai hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,382 pusat peperiksaan disediakan bagi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta Ujian Amali Sains peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan beroperasi secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya memaklumkan 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan dilaksanakan bermula hari ini hingga Khamis (10 Februari), Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 22 hingga 24 Februari ini manakala Ujian Mendengar kedua-dua bahasa itu akan dibuat pada 21 Februari, melibatkan 401,927 calon bagi Bahasa Melayu dan 401,087 calon bagi Bahasa Inggeris.

Ujian Amali Sains untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi akan dilaksanakan pada 15 Februari melibatkan 91,962 calon (Fizik); 93,353 calon (Kimia) serta 72,669 calon (Biologi) manakala Ujian Amali Sains (Sains Tambahan) dijalankan pada 17 Februari dengan 1,049 calon.

“Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh dimuat turun di http://lp.moe.gov.my. untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” menurut kenyataan itu.

Calon juga diingatkan membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan serta mematuhi garis panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam serta prosedur operasi standard ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi pencegahan wabak COVID-19. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Lantikan Pengawas Peperiksaan Kalangan Orang Awam Terikat Peraturan, SOP

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Calon SPM Terjejas Banjir, KPM Ikut Garis Panduan Sedia Ada - Fadhlina

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

SPM 2023: Ujian Amali Sains Pada 5 Hingga 7 Disember Ini

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran