web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Pegawai MARA Buat Laporan Polis, Nafi Terbabit Salah Guna Kuasa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 6:48PM

ACP Noor Dellhan Yahaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima individu dipercayai pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terkait dengan isu salah guna kuasa tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan salah laku terhadap mereka, hari ini.

Kelima-lima mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi secara berasingan, pagi tadi.

Difahamkan, laporan polis itu dibuat bagi menafikan segala pembabitan mereka dalam isu salah guna kuasa seperti yang tular di media sosial, kelmarin.

Mereka turut mendakwa, dokumen yang ditularkan itu adalah fitnah semata-mata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya, mengesahkan menerima laporan polis berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

“Siasatan dijalankan mengikut KEP (Kertas Enkuari Polis) dan ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, akaun Twitter, @ES_EdisiKhas mendedahkan satu surat permohonan menjalankan siasatan integriti terhadap lima pegawai kanan MARA kerana mengemukakan tuntutan mencurigakan.

Surat bertarikh 30 Januari itu dihantar oleh Pengerusi Eksekutif MARA Corporation, Datuk Suhaili Abdul Rahman kepada Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

Selain itu, @ES_EdisiKhas turut mendedahkan dokumen sokongan melibatkan tuntutan oleh kelima-lima individu terbabit, melibatkan kos mencecah ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun, Azizah dalam satu kenyataan menafikan berlaku salah guna kuasa atau urus tadbir dalam agensi itu dan anak syarikatnya, seperti didakwa dalam satu dokumen yang didedahkan di media sosial.

Menurutnya, MARA memandang serius dakwaan itu dan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang terbabit dalam salah guna kuasa atau tidak berintegriti.

Pada masa sama beliau menegaskan, MARA turut memandang serius penyebaran dokumen pentadbiran dalaman kepada pihak awam, sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap agensi berkenaan.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima satu aduan berhubung salah laku berkenaan dan akan memulakan siasatan esok.

“SPRM akan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan,” katanya. - Getaran, 6 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 44 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 44 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik