web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Air Mata Dunia Iringi Pemergian Rayan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 3:08PM

Pasukan penyelamat mengusung jasad Rayan Oram ke ambulans yang sedang menunggu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiden tragis seorang kanak-kanak lelaki, Rayan Oram ditemui maut selepas lima hari terjatuh ke perigi sedalam 32 meter di Ighrane, Maghribi, nyata mengundang sebak dan air mata masyarakat dunia.

Menerusi laporan media antarabangsa, pasukan kecemasan negara berkenaan menemui tubuh kaku kanak-kanak berusia lima tahun itu selepas lima hari kerja menyelamat dijalankan 24 jam sehari, dengan menggali lubang di lereng gunung sehingga berjaya memecah masuk ke perigi terbabit.

Berita sedih itu turut mendapat perhatian masyarakat di negara ini, termasuk dalam kalangan pemimpin, agensi dan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ketinggalan meluahkan kesedihan susulan tragedi itu dan mengutuskan takziah kepada keluarga mangsa.

“Sedih mendengar berita menyayat hati tentang kematian Rayan Oram yang disahkan oleh Istana Diraja Maghribi.

“Kanak-kanak berusia lima tahun itu terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter selama lima hari di kampungnya di Ighrane yang terletak di kawasan berbukit dekat Chefchaouen, utara Maghribi.

“Saya dan seluruh keluarga Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

“Semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana. Anak syurga milik Allah SWT,” katanya menerusi Facebook.

 

Sedih mendengar berita yang menyayat hati tentang kematian Rayan Oram yang disahkan oleh Istana Diraja...

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Saturday, February 5, 2022

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi platform media sosial sama, melahirkan simpati dan bersedih di atas kemalangan menimpa Rayan.

“Seluruh dunia bersedih, adik Rayan disahkan meninggal dunia oleh kerajaan Maghribi.

“Pasukan penyelamat sudah melakukan yang terbaik apabila berjaya mengeluarkan Rayan dan segera melakukan pemindahan untuk rawatan, namun Allah SWT lebih menyayangimu.

“Salam takziah buat ibu ayah dan keluarga arwah serta berehatlah adik Rayan di syurga sana. Al-Fatihah (dibaca),” kata jurucakap jabatan.

 

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن Seluruh Dunia Bersedih, Adik Rayan Disahkan Meninggal Dunia Oleh Kerajaan...

Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM on Saturday, February 5, 2022

Sementara itu, kesedihan akibat tragedi menimpa Rayan turut dikongsi netizen menerusi akaun media sosial masing-masing.

“Saya memiliki anak perempuan berumur lima tahun dan saya cuba mengelak daripada membaca kisah kejadian ini sedaya mampu kerana ia sangat menyedihkan apabila terfikir seorang kanak-kanak terperangkap dalam perigi selama lima hari.

“Ketika membaca kematian kanak-kanak itu pagi ini, ia ‘mematahkan’ hati saya. Doa saya bersama keluarganya. Semoga tenang di sana Rayan Oram,” ciap pengguna Twitter, @ayshardzn.

“Menanti sepanjang malam untuk melihat dia diselamatkan sehingga saya tertidur. Bangun pagi ini, saya baca dia meninggal dunia.

“Rehat sebaiknya Rayan Oram. Anda berada di tempat yang lebih baik. Tiada lagi kesakitan,” tulis pula @afdfrhn sambil meletakkan emotikon sedih dan menangis.

“Seluruh dunia mendoakan keselamatan anda dan Allah mengabulkannya dengan memberikan anda tempat paling selamat, syurga. Rayan, anda menyatukan dunia untuk lima hari walaupun anda cuma berumur lima tahun. Hero sebenar. Berehat dengan tenang Rayan Oram,” kata @mrfirdausjailan.

Kematian Rayan disahkan menerusi kenyataan pihak Istana Maghribi yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI dilaporkan turut memanggil ibu bapa kanak-kanak itu susulan kejadian terbabit. - Getaran, 6 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Maghribi, Portugal, Sepanyol Calon Tunggal Anjur Piala Dunia 2030

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Maghribi: Iktibar Di Sebalik Musibah Gempa Bumi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bacaan Al Fatihah Bergema Di Stadium, Maghribi Tujukan Kemenangan Untuk Mangsa Gempa Bumi

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Raja Maghribi Lawat Mangsa Cedera, Berkenan Derma Darah

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja