web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maghribi: Iktibar Di Sebalik Musibah Gempa Bumi

Mohammed Saidi, Kuasa Usaha Kedutaan Maghribi di Kuala Lumpur, berkongsi pandangan mengenai solidariti dan ketabahan yang ditunjukkan oleh rakyat Maghribi selepas kejadian gempa bumi yang melanda tanah air mereka baru-baru ini.

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 5:23PM

Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Maghribi memusnahkan bangunan dan menyebabkan penduduk bergegas keluar dari rumah untuk menyelamatkan nyawa. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tanpa sebarang amaran, rumah musnah sepenuhnya, seluruh keluarga yang berada di bawah runtuhan tiada yang terselamat, anak-anak menjadi yatim piatu secara tiba-tiba, dan ibu bapa masih terpinga-pinga mengenai apa yang terjadi. Begitulah suasana malam tragis di wilayah Alhaouz pada 8 September 2023, iaitu pusat gempa bumi yang dahsyat, terletak berhampiran bandar pelancongan terkenal Marrakech di Maghribi.

Kesedihan yang amat sangat dan kesakitan yang tidak dapat digambarkan; tetapi pada keesokan harinya, ketakutan dan keresahan perlahan-lahan digantikan dengan perpaduan yang patut dikenang. Rakyat Maghribi sentiasa terkenal dengan solidariti ini, yang selalu mereka tunjukkan apabila diperlukan.

Rakyat Maghribi, di dalam dan di luar negara bersatu hati, tanpa sibuk memikirkan apa yang Kerajaan sepatutnya atau merancang untuk lakukan, bagi menghiburkan mangsa ketika saat-saat kedukaan dan kesengsaraan ini.

Sementara usaha menyelamat terus dilakukan dengan gigih dan tanpa henti, kelihatan orang ramai beratur panjang (mungkin yang terpanjang pernah disaksikan di kawasan tidak dilanda perang) di semua bandar semata-mata untuk menderma darah, dan beribu-ribu lori dan trak penuh dengan peralatan perubatan dan bekalan makanan menuju secara spontan ke arah kawasan yang terjejas.

Kuasa Usaha Kedutaan Maghribi di Malaysia, Mohammed Saidi.
Kuasa Usaha Kedutaan Maghribi di Malaysia, Mohammed Saidi.

Manifestasi perpaduan yang paling ketara yang dapat dilihat oleh generasi saya sendiri adalah konvoi lebih daripada 100 trak yang sarat dengan bantuan kemanusiaan berlepas dari Laayoune, ibu kota wilayah Sahara Selatan, menuju ke wilayah yang terkesan. 

Solidari yang luar biasa ini menyebabkan kesesakan di semua jalan menuju ke wilayah High Atlas di mana pasukan Gendarmerie Diraja dikerahkan untuk mengatur trafik konvoi kemanusiaan yang sangat padat dan ambulans yang tidak henti-henti mengangkut mangsa yang cedera ke pusat rawatan.

'Dana Khas untuk Pengurusan Kesan Gempa Bumi', yang diwujudkan selepas tragedi itu, mula menerima sumbangan besar daripada Raja Mohammed VI, rakyat Maghribi, syarikat swasta, organisasi awam dan penyumbang asing, demi membantu mangsa gempa bumi dan digunakan bagi pembinaan semula kawasan yang dilanda bencana.

Sesi kerja terakhir yang dipengerusikan baginda didedikasikan untuk program pembinaan semula dan naik taraf am bagi kawasan yang dilanda gempa bumi. Pendekatan ini disusun berdasarkan empat perkara utama: (i) menempatkan semula penduduk, membina semula rumah dan memulihkan infrastruktur (ii) menaik taraf wilayah (iii) mempercepatkan penyerapan defisit sosial dan (iv) menggalakkan aktiviti ekonomi dan pekerjaan.

Usaha ini berjalan serentak dengan tugas yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Diraja merangkumi pelbagai aktiviti: menyelamat, membina kem, menubuhkan hospital medan berdekatan, menyediakan rawatan perubatan dan bantuan psikologi, serta menyediakan makanan untuk penduduk.

Dalam hal ini, saya secara peribadi ingin memberi penghormatan kepada Angkatan Tentera Diraja kerana profesionalisme, dedikasi, ketabahan dan pengorbanan mereka. Saya sendiri menyaksikan bagaimana sekumpulan kecil mereka berjaya membina hospital lapangan, dalam  masa 15 Jam (8H00-23H00) di Lubnan pada Ogos 2020 selepas insiden letupan yang berlaku di Pelabuhan Beirut. Keesokan harinya, doktor sudah berada di bilik perundingan masing-masing bersedia untuk menerima pesakit yang cedera, makmal sudah beroperasi, dan farmasi dibuka dan sebagainya.

Seluruh dunia tidak akan melupakan seorang wanita yang mengendong anak kecilnya menghampiri sekumpulan anak muda yang sedang mengumpulkan bekalan untuk diagihkan ke kawasan yang terjejas, dengan air mata bergenang sambil berkata: "Saya ingin membantu tetapi saya hanya mempunyai cincin emas ini, silakan ambil", atau lelaki tua yang menaiki basikal pergi ke kumpulan lain dengan membawa beg berisi separuh tepung (dia menyimpan separuh untuk keluarganya dan menawarkan separuh lagi kepada mangsa yang terjejas), atau wanita tua yang susah payah berjalan menghampiri kumpulan lain untuk menyumbang sebotol 5 liter minyak.

Dahulu, kita mungkin berpikir bahawa tradisi, adat resam, dan semangat solidariti rakyat Maghribi mungkin semakin pudar dengan evolusi yang sudah meresap ke semua aspek kehidupan, cabaran sosioekonomi, dan pengaruh dari luar. Gempa bumi ini telah mendedahkan sisi lain bahawa tradisi ini mungkin tidak kelihatan sebelum ini, tetapi akan muncul apabila saat itu tiba. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Pihak Berkuasa Jepun Masih Kesan 51 Orang Yang Dilaporkan Hilang

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad