web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JPNS Nafi Dakwaan Tanah HSK Dijual Atas Talian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 12:01PM

Poster dipercayai dikeluarkan oleh RDP supaya menghentikan penjualan tanah berstatus hutan simpan kekal.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menafikan dakwaan mengenai penjualan tanah Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 264 hektar di negeri tersebut yang dikatakan dibuat secara atas talian.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, isu terbabit timbul susulan daripada kenyataan dikeluarkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang tular baru-baru ini.

Menurutnya, kenyataan tersebut adalah berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh badan bebas dikenali sebagai Rimba Disclosure Project (RDP).

“Kajian tersebut telah mengenal pasti seluas 43,539 hektar tanah dalam HSK di sekitar negeri Perak, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan yang cuba dijual secara komersial melalui beberapa laman sesawang termasuk Facebook pada tahun lalu.

“Berdasarkan semakan JPNS, lokasi yang dimaksudkan untuk penjualan tersebut bukan berstatus HSK yang diwartakan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985,” katanya kepada Getaran hari ini.

Ahmad Fadzil berkata, terdapat dua lokasi di Selangor yang didakwa telah diiklankan melalui laman sesawang untuk dijual, iaitu di Pulau Indah (Pulau Lumut) seluas 192 hektar dan Puncak Alam seluas 72 hektar.

“Semakan terhadap kedua-dua lokasi tersebut mendapati ia bukanlah berstatus HSK seperti didakwa NGO terbabit,” jelasnya.

Tegas beliau, keluasan kawasan HSK di Selangor telah berjaya ditingkatkan kepada 250,250.29 hektar pada tahun lalu.

“Kejayaan ini adalah hasil komitmen yang tinggi dan berterusan Kerajaan Negeri Selangor melalui beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010.

“Antaranya ialah menguatkuasakan Dasar Moratorium (Pembekuan) ke atas Pembalakan dalam HSK selama 25 tahun dan meminda Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 pada tahun 2011 untuk mengenakan syarat penyiasatan awam ke atas mana-mana penyahwartaan HSK,” katanya.

Kerajaan negeri jelasnya, turut mewajibkan sebarang penyahwartaan HSK untuk diganti dengan keluasan yang setara nilai atau lebih serta secara serentak.

“Hal ini adalah bagi memastikan khazanah alam ini terus terpelihara dengan telus, cekap dan lestari,” katanya.

Serentak dengan itu, Ahmad Fadzil menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpedaya terhadap sebarang bentuk tawaran iklan penjualan tanah yang melibatkan kawasan HSK.

“Sebarang kemusykilan atau keraguan, sila hubungi JPNS dengan segera,” katanya. - Getaran, 6 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Lebih 10 Kawasan Hutan Simpanan Kekal Diteroka Untuk Penempatan, Perladangan — JPNJ 

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Bapa, Anak Didakwa Ceroboh Hutan Simpan Kekal

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek