web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bapa, Anak Didakwa Ceroboh Hutan Simpan Kekal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 4:47PM

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Raub bagi menghadapi pertuduhan menceroboh kawasan hutan simpan kekal hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAUB - Seorang bapa dan anak lelakinya antara lima individu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas mereka didakwa menceroboh kawasan hutan simpan kekal (HSK) Batu Talam di Mahkamah Sesyen Raub, di sini, hari ini.

Tertuduh yang juga pemilik kebun durian Musang King, Chiah Kin Seng, 54 tahun dan anaknya, Lavin Chiah Zhe Yuen, 21 tahun, bersama dua pekerja warga negara Indonesia, Kanir, 32 tahun dan Shah Ronny Rusly, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Mereka dituduh melakukan kesalahan memasuki Komparten 175 kawasan HSK Batu Talam, dalam mukim Tras, dekat sini, tanpa izin yang sah sekitar jam 10.36 pagi pada 3 Julai lalu.

Tertuduh kelima, Wong Than Fook, 49, pula didakwa secara berasingan kerana melakukan kesalahan sama pada 8 Julai lalu, kira-kira jam 10 pagi.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 47(1)(c) Akta Perhutanan Negara 1984 yang diterima pakai oleh negeri Pahang di bawah Enakmen Perhutanan Negara 1986 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 47 (4) Enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak lebih daripada RM10,000, atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Afidatul Azwa Kamarulanuar.

Pihak pendakwaan mencadangkan tertuduh, Kin Seng dan Zhe Yuen dikenakan ikat jamin RM8,000 dan tidak menawarkan ikat jamin kepada Kanir dan Shah Ronny.

Bagaimanapun, peguam mewakili empat tertuduh itu, Samantha Chong Yin Xin berpendapat bahawa pekerja kebun warga negara Indonesia itu wajar ditawarkan ikat jamin mengikut Sesyen 47.

“Walaupun tertuduh adalah warga negara asing, kesalahan mereka bukanlah kes imigresen dan jumlah jaminan RM8,000 dicadangkan adalah terlalu tinggi.

“Kanir mempunyai pasport dan permit kerja hanya memperoleh pendapatan RM1,500 sebulan, manakala Shah Ronny sudah bekerja di Malaysia selama 15 tahun dan dia memperoleh RM1,400 sebulan.

“Dia juga menghantar gajinya itu untuk menyara isteri dan anaknya di Indonesia,” katanya kepada mahkamah.

Ahmad Faizadh kemudiannya memutuskan jumlah jaminan RM3,000 untuk Kanir, Shah Ronny dan Kin Seng, manakala Zhe Yuen pula RM2,000 dengan seorang penjamin. 

Kanir dan Shah Ronny bagaimanapun perlu mendapatkan seorang rakyat Malaysia sebagai penjamin mereka.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Than Fook ditawarkan jaminan RM5,000, sebelum peguamnya, Chong Kar Yan memohon jumlah lebih rendah.

Mahkamah kemudiannya memutuskan jaminan RM3,000 untuk Than Fook dan menetapkan 15 September depan bagi sebutan semula kes. - Getaran, 28 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad