web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai JPJ Rugi RM8,400 Ditipu ‘Rakan Kenalan’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 11:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendakwa ditipu suspek menyamar sebagai seorang kenalan rakannya hingga mengakibatkan dia mengalami kerugian RM8,400.

Mangsa berusia 39 dalam laporan polis memberitahu, dia dihubungi suspek melalui aplikasi Telegram awal pagi semalam, ketika berada di rumahnya di Muadzam Shah, dekat Rompin.

Suspek dalam pesanan Telegram itu meminta mangsa memindahkan sejumlah wang ke nombor akaun diberikan, dengan alasan akaun bank milik suspek ketika itu mengalami masalah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa melakukan lima pemindahan wang ke nombor akaun diberikan suspek, sebelum berasa curiga dan tampil membuat laporan polis.

“Mangsa menerima pesanan daripada suspek kira-kira jam 2 pagi dan tanpa rasa syak melakukan pemindahan wang seperti diminta suspek.

“Pindahan wang pertama berjumlah RM2,500 dilakukan sekitar jam 2.24 pagi dan selepas itu, mangsa melakukan empat lagi urusan pemindahan wang sehingga tengah hari semalam, dengan jumlah keseluruhan RM8,400,” katanya di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata, selepas melakukan lima transaksi pemindahan wang berkenaan, suspek meminta mangsa melakukan pembayaran seterusnya.

Katanya, mangsa yang mula rasa curiga cuba menghubungi rakannya bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, namun gagal.

“Mangsa akhirnya menyedari ditipu selepas berjaya menghubungi kakak kepada rakannya yang memaklumkan akaun Telegram milik adiknya disalahguna individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Muadzam Shah, semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Getaran, 6 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

4

Semasa 3 tahun yang lalu

NSRC Terima 11,858 Panggilan Mangsa Scammer Babit Kerugian Ratusan Juta Dalam 6 Bulan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad