web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kuasai Bahasa Mandarin, Pesara Guru Tawar Kelas Percuma

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 8:35AM

Ropia’ah memanfaatkan kemahiran berbahasa Mandarin untuk mengajar secara percuma bahasa berkenaan sejak 3 tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TASEK GELUGOR - Kelebihan fasih dalam bahasa Mandarin dimanfaatkan sepenuhnya seorang pesara guru, Ropia’ah Othman, 62, untuk mengadakan kelas kemahiran bahasa itu secara percuma sejak tiga tahun lalu.

Bertitik tolak secara tidak sengaja, kelas secara santai yang diadakan setiap Jumaat itu diwujudkan apabila rakan-rakan mengetahui kemampuan beliau bertutur dan menulis bahasa Mandarin dengan baik.

“Sebenarnya, saya dan rakan-rakan sama-sama mengikuti kelas mengaji Al-Quran. Pada suatu hari, kami diminta menulis nombor dalam bahasa Arab di papan putih tetapi saya tulis dalam bahasa Mandarin.

“Sejak itu, mereka menyedari kebolehan saya dan meminta saya mengadakan kelas Mandarin kerana minat dan mahu belajar bertutur bahasa berkenaan,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Ropia’ah mengajar rakan-rakannya bahasa Mandarin di Tasek Gelugor.
Ropia’ah mengajar rakan-rakannya bahasa Mandarin di Tasek Gelugor.

Ropia’ah yang mendapat pendidikan penuh peringkat rendah dan menengah di sekolah aliran Cina berkata, ketika ini beliau hanya mengajar suku kata dan cara membina ayat daripada perkataan asas dengan betul.

Katanya, beliau tidak berhadapan dengan kesukaran untuk mengajar hampir 40 orang rakan-rakannya itu kerana mereka sentiasa menunjukkan minat dan memberi kerjasama yang baik setiap masa.

Namun, katanya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula Mac 2020, beliau terpaksa menangguhkan sementara kelas bahasa Mandarin sehingga ia mendapat kebenaran untuk kembali beroperasi.

“Mereka sentiasa bersemangat untuk belajar. Saya pun hanya mengajar secara santai, namun sesekali saya akan cuba menguji kembali ingatan mereka agar tidak mudah lupa apa yang diajar,” katanya.

Ropia’ah berkata, kebolehannya menguasai bahasa Mandarin dengan baik adalah hasil berkat usaha Allahyarham bapanya yang mahu beliau menguasai bahasa ketiga.

Katanya, beliau juga langsung tidak memberontak terhadap keputusan itu, dan berjaya mengharungi zaman persekolahan dengan baik sehingga tamat Tingkatan Lima.

“Ayah saya seorang anggota polis dan beliau mempunyai ramai kawan berbangsa Cina. Mungkin daripada situ timbul idea untuk menghantar saya ke sekolah Cina,” kata ibu kepada enam anak ini.

Bekas guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hwa, Pinang Tunggal, ini turut menceritakan pengalaman menariknya apabila tidak dianggap sebagai guru Melayu oleh murid-murid, hanya kerana beliau fasih berbahasa Mandarin.

Malah, katanya, ada segelintir guru berbangsa Cina di sekolah itu juga berasa malu kepadanya kerana tidak fasih berbahasa Mandarin.

“Sebenarnya saya gembira kerana lebih ramai yang mahu belajar bahasa Mandarin. Negara kita mempunyai pelbagai kaum. 

“Alangkah baiknya jika kita boleh menguasai bahasa kaum lain. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan kita sebagai satu warganegara,” katanya menutup perbualan. - Getaran, 1 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad