web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dos Penggalak Diberi Berdasarkan Perkembangan Semasa Varian COVID-19 - KKM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 8:05AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian dos penggalak COVID-19 dilaksanakan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian-varian baharu virus itu.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi dos pertama dan kedua masih giat dilaksanakan pada 20 September 2021 dengan kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus, masih belum mencapai sasaran 90 peratus.

Menurut KKM pada masa itu pergerakan rentas negeri masih belum dibenarkan manakala aktiviti keluar masuk negara juga dikawal ketat, selain pemberian dos penggalak secara menyeluruh belum lagi bermula pada September 2021.

“Pemberian (dos penggalak) dilaksanakan secara berperingkat dengan memberikan keutamaan pada ketika itu kepada golongan rentan terdiri daripada warga emas, mereka yang ada komorbiditi dan golongan yang terdedah kepada risiko jangkitan.

“Hanya setelah majoriti golongan tersebut telah menerima booster (dos penggalak), barulah vaksinasi booster dibuka kepada populasi awam yang layak,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook KKM, malam tadi.

Kenyataan yang dikeluarkan itu mengulas satu video sidang media Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin  selepas beliau meninjau perkhidmatan saringan COVID-19 di KLIA pada 20 September 2021 berhubung dos ketiga vaksin COVID-19 yang tular di media sosial.

Khairy dalam sidang media tersebut berkata dos penggalak ketika itu perlu diberi kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas, mempunyai komorbiditi atau “immunocompromised”, manakala tidak digalakkan kepada individu yang sihat.

Kementerian itu turut memaklumkan banyak negara yang menawarkan dos penggalak kepada populasi dewasa mereka seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia, dan Singapura. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad