web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JPJ Nafi Penglibatan Pegawai Dalam Sindiket Lesen Terbang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 8:25AM

Datuk Zailani Hashim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan penglibatan pegawainya dalam sindiket ‘lesen terbang’ seperti ditularkan menerusi hantaran dimuat naik oleh pemilik sebuah akaun Twitter.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata pemilik akaun berkenaan berkongsikan tangkap layar akaun Instagram menggunakan nama Smart Driving Academy dipercayai menawarkan khidmat mendapatkan lesen dengan kadar bayaran rendah tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu.

“Modus operandi ini sering kali digunakan sindiket melalui platform media sosial dengan mempromosikan iklan ‘lesen terbang’ selain menggunakan gambar Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk meyakinkan orang ramai membuat bayaran sebelum sindiket bertindak menghilangkan diri.

“Kenyataan di tangkap layar itu turut menyatakan pihak Smart Driving Academy menjalankan kegiatan tersebut dengan penglibatan pegawai atasan JPJ selain pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Justeru, Zailani berkata pihaknya mengambil tindakan dari segi siasatan dijalankan dengan kerjasama SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selain Cyber Security bagi mengesan pemilik akaun di media sosial yang menjalankan operasi sindiket penipuan ini.

Jelasnya, pelbagai pendekatan turut dilaksanakan oleh JPJ dalam mengekang penglibatan warga kerjanya daripada terlibat aktiviti tidak berintegriti tersebut.

“Antaranya inisiatif pembangunan sistem yang mewajibkan pengesahan ID penyelia atau pegawai kanan sebelum sebarang transaksi pengeluaran LLM dilaksana serta pemantauan dan pengauditan urus niaga di bawah ISO 37001 Anti-Bribery Management System (ABMS).

“Pihak JPJ juga menegaskan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku membabitkan warga kerja yang melibatkan integriti, salah guna kuasa dan rasuah khususnya melibatkan aktiviti  'lesen terbang' seperti didakwa pemilik akaun Twitter terbabit,” katanya.

Beliau dalam masa sama mengingatkan orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk tawaran seumpama itu yang jelas tidak mengikut peraturan dan undang-undang digariskan JPJ. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

4

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran