web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jemaah Umrah Terpaksa Tangguh Ibadah Terima Pampasan - Idris

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 4:11PM

Idris Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membayar pampasan kepada jemaah umrah yang terpaksa menangguhkan rancangan menjalani ibadah berkenaan, susulan penutupan sementara diumumkan bermula 8 Januari lalu.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, pampasan atau saguhati diberikan itu bukanlah merangkumi keseluruhan kos yang ditanggung jemaah.

Sebaliknya, ia hanya merangkumi sebahagian sahaja daripada kos sebenar, namun ia diharap sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan kepada jemaah.

"Saya diamanahkan oleh pihak jemaah menteri untuk bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Menteri Kewangan (MoF), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk memberikan sedikit pampasan kepada mereka yang tidak boleh pergi (menunaikan) umrah baru-baru ini.

"Maka kita akan bayar sedikit sagu hati atau pampasan akibat daripada mereka tidak dapat pergi ke sana. Insya Allah perkara itu akan kita uruskan," katanya dalam satu klip video yang dimuat naik di Facebook.

Idris berkata, pihaknya sedang menunggu senarai penuh nama jemaah umrah yang layak untuk mendapat pampasan berkenaan dan melantik pihak TH sebagai agensi bertanggungjawab menyalurkan wang tersebut.

"Senarai nama akan diperoleh dari MOTAC untuk melihat senarai mereka yang terbabit. Wang ini akan masuk melalui pejabat TH dan semua (jemaah yang layak) boleh mengambil wang tersebut di pejabat TH berdekatan.

"Insya-Allah, kita akan umumkan sedikit masa lagi bila wang itu akan dimasukkan,” katanya.

Dalam pada itu, Idris berharap pembukaan semula ibadah umrah mulai 8 Februari depan berjalan lancar dan semua pihak termasuk jemaah umrah mengikuti semua syarat ditetapkan kerajaan dan Arab Saudi.

"Saya tidak mahu dengar lagi unsur seperti berlaku penipuan vaksin dan akibatnya kita nampak kerana nila setitik habis susu sebelanga. Kita juga harap pihak pengendali umrah dapat memastikan jemaah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.

"Apa sahaja syarat untuk terbang (menunaikan umrah) digariskan hendaklah dipatuhi untuk kebaikan bersama," katanya.

Semalam, kerajaan untuk menarik balik arahan penutupan sementara untuk umat Islam mengerjakan ibadah umrah susulan penularan wabak COVID-19 varian Omnicron di Arab Saudi awal bulan ini. – Getaran, 27 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

SIA Sahkan Tawar Pampasan Kepada Penumpang SQ321

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad